Thursday, May 3, 2012
Panas: Mantan PM Mahathir Dakwa Jika Kerajaan BN Tipu, Kenapakah Pembangkang Boleh Menang
K.TERENGGANU, 3 Mei - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) menyangkal
dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di
Malaysia sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang. "Kalau
benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai
calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan
(Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang
tipis. "Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai," katanya ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti' anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Dr Mahathir berkata rakyat negara ini perlu lebih rasional agar tidak
terus diperbodoh dan diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak
menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka
untuk merebut kuasa. Jika rakyat terus-menerus terpedaya dengan usaha
pembangkang itu, kata beliau mereka sebenarnya turut sama bersubahat
kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Dr
Mahathir berharap umat Islam negara ini menggunakan akal fikiran yang
waras dengan meneliti terlebih dahulu sama ada penglibatan mereka itu
benar-benar mengikut ajaran Islam atau sebaliknya. "Saya
harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, rakyat
pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang
bercanggah dengan ajaran Islam," kata Mahathir.
[Kenyataan
mantan PM ini menggambarkan betapa lemahnya mentaliti beliau sekarang
ini. Sewajarnya Mahathir sudah insaf kerana "rumah kata pergi, kubur
kata mari". Namun dek kerana mahu menunjukkan kepandaian beliau, maka
akhirnya Mahathir memperbodohkan dirinya sendiri. Beliau merasakan
rakyat ini semuanya bodoh seperti beliau agaknya. Apakah Mahathir fikir
BN tidak tipu dalam tiap kali pilihanraya dengan alasan mereka tidak
menang semua negeri?. Malah ada kerusi yang dimenangi oleh pembangkang?.
Sebenarnya, BN tetap kalah walau pun menipu kerana suara rakyat untuk
berubah itu lebih besar dari jumlah penipuan yang dibuat. Misalnya,
mereka menipu pengundi hantu dan pos sebanyak 10,000 tetapi jumlah
rakyat yang mahu berubah ada 15,000 maka jumlah itu lebih besar daripada
penipuan yang dilakukan sebenarnya. Sebab itulah negeri-negeri yang
jumlah rakyatnya mahu berubah dimenangi oleh pembankang. Ia tidak
bermakna tiada penipuan. Mahathir "mudah lupa" dengan apa yang telah
beliau lakukan. Dialah yang memulakan "kezaliman" terhadap rakyat
terutamanya selepas memecat Anwar pada 1998 dulu]
No comments:
Post a Comment