MENGAPA HANYA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL SEKS?
Saya masih ingat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan
skandal seks dan perlakuan luar tabii pada tahun 1998, umat Melayu dan
rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga golongan besar.Pertama yang
mempercayainya, kedua tidak mempercayai dan ketiga enggan mahu
mencampuri pertikaian politik. Anwar Ibrahim bersama pengikutnya berarak
di Jalanraya melaungkan "reformasi' dan "konspirasi". Waktu itu
kedua-dua istilah ini sangat-sangat popular.
Senario ini tidak berakhir, apabila Anwar dibebaskan dari rengkukan
Penjara Sungai Buluh pada zaman Pak Lah dan kemudian bergiat aktif
semula dalam politik,isu ini kembali diulangtayang. Anwar dikaitkan
semula dengan kes liwat bersama pembantunya Saifulo Bukhari Azlan.
Selepas itu pendedahan video seks oleh Datuk 'T' yang dikatakan
melibatkan Anwar. Moral Anwar bukan sahaja dicalar, bahkan seakan mahu
dimatikan dalam persada politik negara. Yang peliknya semakin dikaitkan
dengan pelbagai skandal seks, Anwar semakin mendapat perhatian di
kalangan rakyat jelata.
Pimpinan PKR diserang dengan pelbagai pendedahan seks . Terbaru Azmin
Ali yang dikaitkan dengan perlakuan "aiskrim' atau seks oral.Gambaran
yang diberikan seolah-olah pimpinan pembangkang mempunyai masalah moral
yang teruk? Mat Sabu dengan skandal khalwat, Badrul Amin juga sama. Exco
Selangor "elly" juga dimalukan dengan gambar separuh bogelnya.
Persoalnya mengapa pimpinan pembangkang sahaja yang mendapat liputan
media massa perdana? Apakah pimpinan UMNO dan BN semunya 'maksum' dan
tidak pernah terlibat dalam skandal seks? masalahnya ialah kerana media
massa masih tidak bebas menyampaikan liputannya secara adil.
No comments:
Post a Comment