Barisan
Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri
besar dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib
Razak mahu program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi
bersaing dengan Pakatan Rakyat (PR), kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.
Sumber itu juga berkata BN akan mempertimbangkan untuk melihat pendapat keseluruhan pemerintah negeri sebelum menamakan calon untuk posisi tertinggi.
Sumber: SabahKini
The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.
- Najib mahu yang terbaik untuk kesemua negeri dan lebih baik dengan meletakkan muka baru, kata sumber.
- Antara Menteri Besar yang paling lama memerintah adalah Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang mengambil alih pejabat pada 1986; Datuk Abdul Ghani Othman, yang telah bersama-sama Johor sejak 1995; dan Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sejak 1999.
- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah paling lama memerintah Sarawak yang mengetuai kemenangan BN Sarawak dalam pilihan raya tahun lalu yang juga penggal terakhirnya selepas memulakan tugas pada 1981.
- Perlu ada pembaharuan dan ini peluang untung orang muda meningkat naik,kata sumber dan menambah Najib sendiri Menteri Besar termuda di Pahang apabila dilantik pada 1982, ketika itu beliau berusia 29 tahun.
Sumber itu juga berkata BN akan mempertimbangkan untuk melihat pendapat keseluruhan pemerintah negeri sebelum menamakan calon untuk posisi tertinggi.
- Turut difahamkan BN juga sudah selesai menamakan calon di negeri-negeri yang dikuasai PR; Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor. Calon yang paling jelas adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed, di Kelantan, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, yang juga Ketua Umno Kelantan.
- “Mustapha sudah dikenali di Kelantan. Misterinya adalah di Selangor kerana banyak sangat nama,” kata sumber BN itu.
- Antara yang dijangka adalah Timbalan Ketua Umno Datuk Seri Noh Omar, namun sumber turut mengesahkan ada beberapa tokoh ahli perniagaan turut disenaraikan oleh Najib, yang juga Ketua Parti Negeri.
- Presiden Umno ini telah mengumumkan akan menawan kembali Selangor tanpa mengira halangannya dalam pilihan raya akan datang, yang dijangka awal bulan depan selepas kembali dari lawatannya bermula Isnin ini.
No comments:
Post a Comment