Panas: Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini, Buktikan Populariti Najib Kian Merudum
KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat
sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program
tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan
para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto)
itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang
Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi
tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan
Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya
kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan.
"Mujurlah ada
budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang
lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut
dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin
ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta
Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan
semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi
kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.
PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
[Sungguh
memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib
dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut
dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda
tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini
mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program
yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih
3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan
"gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan
lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak
polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program
Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan
yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya,
kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan
pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].
No comments:
Post a Comment