Ahli Parlimen Kimanis turun padang selasai masalah penduduk
Sepanduk Protes!!!
Bongawan
02 Feb, 2009: Satu demonstrasi bantahan telah di lakukan oleh kira -
kira 50 orang penduduk yang berasal daripada kampung berdekatan Daerah
mengundi Kuala Pus. Demonstrasi ini dilakukan dengan aman bertujuan
untuk memprotes sikap pihak berwajib di dalam menangani masalah yang
menimpa mereka.
Penduduk yang hadir...
Isu
jalanraya bukanlah sebuah isu yang asing bagi penduduk di kawasan
Daerah Mengundi Kuala Pus iaitu yang terdiri daripada beberapa buah
kampung seperti Kg. Talantang, Kg. Ambituan, Kg. Viging, Kg. Ulu
Lumagar dan beberapa buah lagi. Jalanraya ini berada di dalam keadaan
yang daif dan pembaikan adalah sangat mendesak. Menurut seorang penduduk
yang ditemui oleh penulis, jalanraya ini sepatutnya sudahpun dinaik
taraf seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya pada musim
pilihanraya yang lalu.
Menanti Jawapan...
Berikutan
dengan itu, Y.B Datuk Anifah Hj. Aman selaku Ahli Parlimen P. 176
Kimanis telah turun padang menemui penduduk - penduduk kampung yang
berdemonstrasi. Beliau yang pada hari sebelumnya sudah pun turun padang
memasukki kampung di sekitar Ulu Bongawan mengakui bahawa jalanraya di
kawasan ini sememangnya perlu dinaik tarafkan memandangkan lebih 4000
orang penduduk kampung yang tinggal disekitarannya. Beliau telahpun
menghubungi dan membawa wakil daripada Jabatan kerja Raya untuk memberi
penjelasan kepada penduduk kampung mengenai situasi sebenar agar perkara
ini dapat diselasaikan dengan kadar segera.
Y.B Datuk Anifah Hj. Aman sedang mendengar penjelasan daripada En. Paulinus sebagai wakil penduduk setempat
Y.B
Datuk Anifah Hj. Aman yang sebelum ini menolak jawatan Timbalan Menteri
atas sebab ingin memperjuangkan nasib para penduduk di kawasan Parlimen
Kimanis. Sebagai seorang wakil rakyat biasa beliau berpendapat bahawa
beliau dapat menyuarakan kehendak rakyat kepada pemimpin peringkat
atasan. Beliau juga menegaskan bahawa perkara ini perlu diselasaikan
dengan segera berikutan perkara ini sudahpun disuarakan di dewan
parlimen suatu masa dulu.
Mendengar rintihan daripada penduduk kampung
Demonstrasi
tersebut mencapai kata sepakat dengan sesi dialog ringkas di antara
penduduk kampung dan juga pihak berkuasa seperti pihak Jabatan kerja
raya dan badan yang berkaitan. Y.B Datuk Anifah Hj. Aman juga sempat
menyuarakan beberapa pendapat bagi merungkai segalan pertikaian yang
berlaku diantaranya perancangan beliau untuk membawa Menteri Kerja Raya
Negeri Sabah melawat ke kawasan Daerah Mengundi Kuala Pus ini bagi
menyaksikan sendiri akan penderitaan penduduknya. Dengan itu, Beliau
juga berharap dengan lawatan itu, pihak Menteri Kerajaan Negeri dapat
berhubung dengan Menteri kerja raya peringkat persekutuan bagi
menyelasaikan perkara ini.
Wakil daripada Jabatan Kerja Raya menerangkan punca masalah kepada Y.B Datuk Anifah
Ketua
Kampung Talantang En. Paulinus yang juga sebagai wakil penduduk
menyatakan rasa puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ahli
Parlimen Kimanis Y.B Datuk Anifah Hj. Aman dan juga wakil daripada
Jabatan Kerja Raya di dalam menyelasaikan perkara yang berlaku ini. En.
Paulinus juga memohon para penduduk kampung supaya bersabar dan memberi
tempoh masa bagi menyelasaikan perkara ini secepat yang mungkin.
Y.B
Datuk Anifah Hj. Aman menerangkan kepada penduduk kampung yang hadir
akan penjelasan wakil daripada Jabatan kerja raya dan mencadangkan
beberapa jalan penyelasaian.
6 comments:
-
Blog ini berbetuk berat sebelah. Bukan semua orang Membakut suka dengan
'MP Import' ini. Mana sudah janji UMNO pada parti komponen lain.
Pengerusi KDM pun dari UMNO? Palui
-
nampaknya tuan sudah tersalah anggap akan perjuangan kami... Parti UMNO
bukan la berkenaan dgn individu... siapa pun wakilnya di bawah nama
parti UMNO tetap akan diberi sokongan padu!!! Jgnlah kita berjuang demi
mengejar nama dan pangkat... berjuanglah demi bangsa dan agama.
-
ani jalan under JKR atau majlis daerah membakut? mun ku inda
silap..setiap jalan yg berdaftar..samada bawah JKR atau Majlis
daerah..kerja2 penyelengaraannya ada..jadi..inda jua belupak banar jalan
atu..sekurang2nya, di jaga seperti kerja2 pengreddan, compaction
balik..mun kurang batu..di tambah balik batu atu..kesimpulannya, benda
ani ada..mun bawah JKR, kerja2 penyelenggaraan ani di buat sendiri oleh
JKR..kadang2, unit penyelengaraan JKR ani lambat dan jentera nya malar
rusak..mun jalan atu register under majlis daerah..kerja2 penyelengaraan
di lakukan oleh satu konsesi..iaitu KONTRAKTOR KEKAL MEWAH..bisidia ani
udah dapat peruntukan penyelengaraan berdasarkan panjang jalan
atu..misalnya..mun 1 km, peruntukan rm 1000..mun jalan atu di register 8
km...rm 8000 tah bisidia dapat..atu contoh..inda tah ku tahu..berapa
bisidia dapat..apa inda kaya banar..suda seluruh sabah jalan majlis
daerah ani bisidia saja menguruyuk..tapi, mana2 hak kita ani..kita
gunakan..walaupun jalan ani jalan gravel (srt2) ku liat..mun di
selengara inda jua urg kg mengamuk..penaiktarafan jalan bergantung kpd
keperluan jalan atu..mun 2 3 urg saja tggal..membazir jua kan..apa2
pun..check di saluran yg ada..
-
banarnya biskita atu.. sebenarnya jalan ni dibawah jagaan JKR. Penduduk
kampung merasa tidak puas hati dgn mutu kerja yang dilakukan pihak
berwajib di kawasan itu sehingga menyebabkan penduduk membuat
demonstrasi... walaubagaimanapun Ahli Parlimen Kimanis iaitu Datuk
Anifah Haji Aman telah turun padang bersama penduduk untuk mendapatkan
penjelasan dari pihak JKR mengenai situasi tersebut... Alhamdulillah
selepas hampir sejam perbincangan kata sepakat dapat dicapai dan para
penduduk kampung berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
utk pengetahuan tuan.. peruntukkan yang diluluskan oleh pihak JKR utk menaik taraf jalan tersebut hanyalah 1/2 km berbanding 14.7 km jumlah keseluruhan jaraknya. dgn ini Ahli Parlimen menyuarakan bahawa penaiktaraf 1/2 km adalah satu jumlah yang tidak dapat diterima memandangkan jalan tersebut digunakan oleh lebih kurang 5 buah kampung. Oleh itu, ahli parlimen kimanis memohon agar pihak JKR dapat mempertimbangkan semula akan jarak jalan yang hendak dinaik taraf di kawasan tersebut.
-
1/2 kilometer saja? mun byk kampung d dalamnya...atu kira keperluan suda
tuh..tapi mun 14 km mmg basar jua kosnya..liat keperluan la
slalunya..mun indada peruntukan lagi..baik tah di buat penyelengaraan
mana2 yg patut dulu..mun inda..janji kan d aspal..karang inda
timbul2..mengamuk lagi urg jalan atu rusak...karang lain2 tah suda di
pangkah tu karang...hehehe...apa2 pun,ku harap datuk anifah lagi
prihatin d tempatnya ni..lagi2 ia sibuk skrg jadi menteri luar
ani....nya urg, kan bejumpa pun payah...hehe..sebab, the next
pru..situasinya lain..hehe..
-
suleiman: siapa yang blog ini sokong itu pilihan masing2. memang lah
bukan semua orang membakut sokong MP sekarang. itu lah nama nya
demokrasi. in democracy majority rules...
No comments:
Post a Comment