Panas: Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka
KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Peneroka memohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk
memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru
ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang
untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto)
berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut
kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat
masing-masing. "Borang
dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus
bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang
hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga
dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada
pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan
batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah
peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuantan pagi tadi. Beliau turut menegaskan, borang
yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang
kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak
dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut
peraturan sebenarnya. Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh
negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani
borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April)
baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda
penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama
bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan
kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini.
Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi
Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi
[Ramai
peneroka yang mula sedar diri mereka tertipu selepas melihat pengumuman
"durian runtuh" oleh Najib di Jengka 8 semalam. Mereka terkejut kerana
pemberian RM15,000 itu dibuat secara berperingkat-peringkat dan ia
bukanlah durian runtuh jika itu caranya. Durian runtuh mesti jatuh
sekali gus kata sebahagian daripada mereka yang ditemui. Apapun, ramai
yang berpendapatan cara dan kaedah pemberian yang dilakukan hanyalah
helah untuk Najib dan BN memaksa penerokan mengundi mereka pada
Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itulah ramai yang mula sedar
mereka tertipu apabila menandatangani borang perjanjian pinjaman dengan
bank baru-baru ini. Mereka seolah-olah dipukau dan menjadi tidak sedar
diri ketika berbuat demikian. Kini, mereka mahu mahkamah membatalkan
perjanjian kosong terbabit setelah mereka mula tahu tanah ladang akan
menjadi cagaran kelak. Apapun, syabas dan tahniah kepada para peneroka
yang terlibat dan mula sedar ini. Semoga lebih ramai peneroka akan
failkan injuksi berkenaan selepas ini].
No comments:
Post a Comment