Friday, 6 April 2012

LABUAN HAK SABAH

MUNGKINKAH PULAU LABUAN DIKEMBALIKAN KEPADA SABAH?

Bahang politik di Tanah besar Sabah juga sedikit sebanyak terasa di pulau Labuan. Kekecohan yang berlaku di kebanyakkan Bahagian UMNO di Sabah mengenai pemilihan dan penentuan calon PRU 13, juga berlaku di Pulau yang diserahkan kepada kerajaan Pusat oleh Mantan Ketua Menteri Sabah era parti BERJAYA Tan Sri Haris Salleh.

Penggantungan keahlian mantan MP Pulau Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman oleh UMNO Pusat telah 'mencetuskan' penentangan secara terbuka kepada parti itu. Seperti yang dilaporkan media, sebelum ini terdapat 14 cawangan di pulau itu berikrar akan berpaling tadah jika isu tersebut tidak ditangani secara lebih telus dan adil.

Terbaru pula apabila, dikatakan seramai hampir 7000 pengundi berdafttar dan ahli UMNO akan 'belot'jika Datuk Suhaili tidak dicadangkan sebagai calon pada PRU 13 akan datang. Sambil mengingatkan akan kemungkinan yangh berlaku termasuk mantan MP Labuan itu akan menyertai pembangkang, jurucakap Badan Bertindak Pengundi Labuan, Arif Buang turut mendakwa bahawa berlaku ketidakadila ketika Majlis Displin UMNO menjatuhkan hukuman ketasa mereka.

Apakah UMNO Pusat telah melupakan fakta Sejarah bahawa punca kejatuhan kerajaan BERJAYA tajaan KL selain dari isu Tambunan juga adalah kaitan dengan penyerahan Pulau Labuan kepada Pusat? Apakah UMNO juga telah lupa dan alpa dengan fakta bahawa sebilangan besar rakyat Sabah masih tidak bersetuju dengan status Labuan sebagai sebahagian dari wilayah persekutuan?

Atau sudah sampai masanya Labuan harus diserahkan kembali kepada Sabah untuk menjamin survival UMNO di negeri bawah bayu ini..



Petikan Dari Sabahkini.net:
SERAMAI 6,700 pengundi Pro-BN akan berpaling tadah di Labuan jika Majlis Tertinggi UMNO tidak menarik balik penggantungan dan enggan memilih Ketua UMNO Labuan yang sedang menjalani penggantungan, Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang.
Pengerusi Badan Bertindak Pengundi Labuan, Ariff Buang ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan pihaknya terpaksa memberi amaran keras kerana Pucuk Pimpinan UMNO Pusat, terutama Setiausaha Agung UMNO, Adnan Mansor telah menganiaya ahli UMNO Labuan termasuk dirinya (Ariff) yang digantung daripada jawatan sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi Tetap disebabkan membuat teguran secara terbuka melalui Videoklip bertajuk 'Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN.'

"UMNO Labuan jangan terlalu sombong dan bongkak kerana yang menandatangani Petisyen ini adalah pemilih berdaftar, majoritinya ahli UMNO yang sudah bosan dengan tindak tanduk Setiausaha Agung UMNO, Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO Labuan yang menjadikan UMNO Labuan sebagai harta rampasan perang yang diagehkan sesama mereka, terutama berhubung isu pemecatan 11 Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan UMNO Labuan," kata Ariff yang menegaskan bahawa kesemua penandatangan petisyen berkenaan sanggup menggadaikan masa hadapan mereka demi kesinambungan Barisan Nasional di Labuan.
Tetapi kata Ariff, mereka telah bersepakat untuk berpaling tadah menyokong parti lain selain UMNO jika rayuan dan petisyen mereka tidak didengar oleh Pucuk Pimpinan UMNO semata-mata kerana memberi muka kepada pucuk pimpinan UMNO Labuan yang merancang konspirasi untuk menjatuhkan Suhaili melalui tindakan di luar perlembagaan, terutama menggunakan SPRM sebagai alat.
UMNO Pusat, kata Ariff perlu sedar bahawa UMNO Labuan tidak lagi selamat jika 6,700 pengundi Labuan yang telah menangani Petisyen berkenaan berpaling tadah kerana calon UMNO pada pilihanraya umum 2008, Datuk Haji Yusof Haji Mahal hanya memperolehi 10,471 undi sahaja berbanding Calon Bebas, Lau Seng Kiat 2,014 undi dan Calon Pas, Matusin Abdul Rahman 1,106 undi.
"Jika 6,700 penandatangan petisyen berpaling tadah, sudah pastinya calon UMNO akan kecundang," kata Ariff yang memaklumkan terdapat 21,000 pemilih berdaftar di Labuan yang majoritinya merupakan penyokong tegar dan Pro-Suhaili.
Bagaimanapun Ariff bimbang jika Suhaili menyertai Parti Pembangkang atau membuat keputusan untuk menjadi calon Bebas sebelum Pucuk Pimpinan UMNO membuat keputusan menarik balik pengantungan Suhaili bagi membolehkan beliau memimpin UMNO Labuan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Namun saya berharap agar kebimbangan kami tidak menjadi realiti dan Suhaili masih bersama BN," kata Ariff yang meyakini banyak pihak sudah melamar Suhaili sebagai calon mereka bagi memastikan Labuan berjaya ditawan daripada BN.
Ariff turut memaklumkan jika Petisyen ini gagal, mereka akan melaksanakan Visi Kedua yang hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai kerana katanya sejarah politik Sabah pernah mencatatkan Kerajaan BN Sabah tumbang kerana isu Labuan dan memberi amaran tidak mustahil sejarah akan berulang pada PRU-13.

Tuesday, 3 April 2012

TANAH ADAT

Monday, April 2, 2012

TANAH RAKYAT DIRAMPAS, DIBERI KEPADA ORANG LAIN

Sejak  Sabah beralih pemerintahan dari parti tempatan kepada parti import , pemimpin dan rakyat di negeri ini saban waktu dinafikan hak mereka terutama bersangkut dengan Tanah adat dan warisan turun -temurun. Masalah rakyat tidak pernah cuba diselesaikan, sebaliknya tanah sedia ada yang belum dimiliki diserahkan kepada orang lain. Inilah polisi pemerintah di Sabah. Satu demi satru kes rampasan tanah adat dibongkar media massa dan orang peseorangan sehingga rakyat bangkit dalam demontrasi aman di ibu negeri beberapa minggu lepas. Itupun ada arahan supaya media massa tidak melaporkan insiden berkenaan semata-mata untuk menyembunyikan dari pengetahuan awam. 

Di keningau, seluas 500 ekar akan diserahkan kepada Skill-Tech . Lihat laporan Sabah Times ini:

KOTA KNABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata kerajaan negeri akan memberi- kan tanah seluas 500 ekar (lebih 200 hektar) di Keningau untuk kegunaan bagi pelbagai program yang akan diusahakan oleh Skill-Tech cawangan Sabah.
Musa yang mengumum- kan perkara itu berkata, pemberian tanah itu bagi membolehkan Skill-Tech cawangan Sabah menggunapakai untuk projek pilot dan program lain yang akan diusahakannya.
“Kita sudah mengenal pasti tanah berkenaan, namun lokasi- nya belum ditetapkan lagi, bagaimanapun ianya terletak di daerah Keningau memandangkan Skill-Tech Cawangan Sabah di dearah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas melancarkan Program Sabah Young Agro Busniessman (Sabah YAB) di sini, kelmarin.
Sabah YAB merupakan program pembangunan usahawan pertanian generasi baru di kalangan graduan Institut Skill-Tech untuk mengembangkan pertanian menjadi satu perniagaan yang lebih bersifat komersial, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan bahawa beliau juga akan berbincang dengan kementerian itu untuk memberikan peruntukan khas bagi program Sabah YAB itu.
Dalam pada itu, Ketua Menteri juga berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang akan diketuai oleh Pembantu Menteri kementerian itu, Datuk Jainab Ahmad bagi membantu Program Sabah YAB itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa menggesa para usahawan khususnya para graduan agar merebut peluang dalam sektor pertanian dengan menggunakan pendekatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing supaya mampu bersaing dengan para usahawan pertanian yang telah berjaya.
“Sektor pertanian sebenarnya merupakan aktiviti perniagaan yang berpotensi tinggi untuk diperluaskan di peringkat global,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kita perlulah mengubah mentaliti dengan kesediaan menerima teknologi-teknologi moden untuk diaplikasikan dalam bidang pertanian.
“Kita amat bertuah kerana kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan, bantuan dan pinjaman termasuk dalam bidang ini,” katanya.
Musa berkata, keberkesanan program Sabah YAB itu juga amat penting bagi memastikan proses pembangunan negara dapat ditingkatkan melalui penglibatan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam usaha untuk mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“Bagi mencapai matlamat terbaru, para usahawan dan sektor swasta memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju strategik yang berkaitan dengan Dasar Agro Makanan,” katanya.
Justeru itu, beliau meng- gesa agar ia digerakkan berlandaskan strategi pembangunan industri agro makanan ke arah sumbangan signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan peruntukan awal pinjaman RM1 juta daripada Agro Bank (M) Berhad kepada Sabah YAB yang disampaikan oleh Pengerusi Agro Bank (M) Berhad, Tan Sri Faizah Mohd Tahir yang diterima oleh Pengerusi Institut Skill Tech, Nordin Abdul Malek.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek- nologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad.
“Terdahulu itu, Pengerusi Eksekutif Insitut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata, sejak tahun 2008 seramai 800 pelatih dari kalangan anak-anak Sabah telah menamatkan latihan mereka di Skill-Tech di Keningau dan di Melaka dan 400 pelatih lagi dijangka akan menamatkan latihan mereka pada Sept depan.
Daripada jumlah itu, kata- nya, 50 peratus bekas pelatih itu telah mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang ber- kaitan dan 25 peratus lagi telah mengusahakan perniagaan sendiri.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan replika cek peruntukan awal pinjaman RM1 juta untuk Sabah YAB yang disampaikan oleh Pengerusi Agro Bank (M) Berhad, Tan Sri Faizah Mohd Tahir kepada Pengerusi Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek- nologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad.
-New Sabah Times -

Monday, 2 April 2012

MESYUARAT UMNO SEMPORNA TANPA KEHADIRAN KETUA BAHAGIAN

Monday, April 2, 2012

MESYUARAT UMNO SEMPORNA TANPA KEHADIRAN DATUK SHAFIE APDAL

Kesibukan UMNO Bahagian di seluruh Sabah mengadakan mesyuarat untuk menghadapi PRU 13 semakin rancak. Di Semporna UMNO Bahagian itu terpaksa mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran ketua UMNO Bahagian, Datuk Shafie Apdal. Mesyuarat yang diadakan membeincangkan persiapan menjelang PRU 13 itu dihadiri oleh ketua pemuda UMNO Semporna, Ketua Wanita dan wakil Datuk Shafie Apdal yang juga anak kepada Tun sakaran iaitu Haji Razak Tun Sakaran.





SEMPORNA: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran,telah mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Semporna di pejabat UMNO pecan Semporna. Hadirsama sempena mesyuarat itu,Setiausaha UMNO Bahagian,Abd.Rashid Mamun;Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Haji Ramlee Marahaban;Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian,Abd.Aziz Jamman;Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian,Zakiah Haji Kalipunya;AJK-AJK UMNO Bahagian dan Pegawai Khas Menteri KKLW,Haji Abd.Razak Tun Sakaran. Sempena mesyuarat itu,Dato Sri Nasir dan ahli-ahli mesyuarat membincangkan perkembangan gerakan UMNO Bahagian terkini dan persiapan menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan.Oleh:ARSHAD HUSSIN

RAKYAT MULAI BERANI SEJAK "GERAKAN TRANFORMASI KEPIMPINAN" "KEBANGKITAN SUARA RAKYAT" PARLIMEN KIMANIS


DEMONSTRASI AMAN TIDAK MENJADI MASALAH DI SABAH, PAKATAN KELUARGA AMAN MENJADI PERSOALAN DI SABAH

AZIZAH MOHD DUN TIDAK DICALON UMNO BAHAGIAN BEAUFORT


Satu sindrom baru dalam politik Sabah menjelang PRU 13 ini ialah rakyat mula sudah 'berani'menyatakan kemahuan dan kehendak mereka dalam pemilihan calon atau wakil rakyat mereka. Sebelum ini di Kimanis, rakyat telah cuba menunjukkan keprotesan mereka dengan mengadakan beberapa demontrasi secara aman menolak kepimpinan Datuk Anifah Aman di kawasan parlimen mereka.

Di Beaufort pula, UMNO Bahagian itu bertindak untuk tidak mencalonkan ADUN KLIAS Datuk Azizah Mohd Dun pada PRU 13 akan datang. Insiden ini seperti yang dilaporkan oleh blog dan fCb mendakwa ada kaitan dengan tindakan ADUN KLIAS itu menentang ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dua tahun lepas sekalipun menang ketua Wanita UMNO dengan kelebihan 40 undi.

Apa mesej yang cuba ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Beaufort apabila Setiausaha Bahagian Beaufort mengumumkan UMNO Bahagian Beaufort tidak mahu mencadangkan Azizah Mohd Dun sebagai calon Dun Klias Beaufort? 
Musa dan Azizah bertemu- Kenapa pula Nurnikman 
pemimpin buangan ini turut sama? 
Nampaknya polemik politik Bahagian Beaufort berterusan lagi sejak Azizah Mohd Dun menentang Lajim Ukin sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort semasa pemilihan 2 tahun lalu. Azizah yang dikatakan sebagai tunggangan Musa Aman bertarung merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian telah tewas dan hampir tewas sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian dengan jumlah 40 undi.
Semua orang tahu Azizah memang tidak sebulu dengan Lajim Ukin. Lantaran itu majoriti AJK Bahagian UMNO Beaufort sangat tidak menyenangi Ketua Wanita UMNO ini yang ghairah mahu menumbangkan Lajim Ukin yang dianggap Janang Gayuh oleh kaum Bisaya di Sabah.
Permusuhan Musa Aman dan Lajim Ukin di Sabah bukanlah sesuatu yang baru dan asing. Sejak Lajim Ukin digugurkan sebagai Timbalan ketua Menteri oleh Musa Aman, dan usaha menjatuhkan Lajim dengan pelbagai cara termasuk terbaru mengarahkan semua Pegawai Daerah di Parlimen Beaufort tidak menjemput Timbalan Menteri itu merasmikan majlis kerajaan (seperti penyerahan BR1M DLL) dan peruntukan PPN Sabah di Beaufort dibekukan. Kerja siapakah ini?
Kenapa Azizah mempersoalkan peruntukan PPN Sabah yang dikatakan tidak wujud dipohon oleh Lajim Ukin ini? Apakah niat sebenarnya sehingga arahan pembekuan oleh Musa Aman? (Sila semak dengan Matusin Pengarah PPN Sabah mengenai arahan ini). 
Arahan ini dikatakan telah diselesaikan apabila YAB PM mengarahkan projek pembangunan seperti masjid dan kemudahan infrastruktur di teruskan. Apakah Musa dan Azizah menganggap Lajim Ukin ini bodoh?
Mereka bukan seperti Jumat Idris yang mengampu. Dapat 
projek KKLW berjuta tapi menjilat Musa Aman. 
Oleh itu kemelut yang berpanjangan ini tentu ada sebabnya. Justeru pengumuman oleh SU Bahagian UMNO Beaufort itu bukanlah sesuatu yang menghairankan dan menjanggalkan tetapi sudah dijangka. 
Apakah UMNO Bahagian Beaufort takut dengan Musa Aman?
Apakah agaknya reaksi SB, BTN, Kemas dan JASA di Beaufort? 4 agensi dibawah ketiak Musa ini tentu tidak akan berpihak kepada Lajim Ukin dan kumpulannya. Baca saja komen di Facebook sewenangnya mereka menganyang Lajim, SU Bahagian dan UMNO Beaufort kerana mendedahkan di media massa secara terbuka.
Apa pilihan? Kalau sudah semua sumber Musa Aman kuasai? Hanya yang bermuka-muka dan tidak ikhlas dengan UMNO sahaja akan takut dengan Musa Aman.

BELIA-BELIA KAMPUNG BRUNEI KIMANIS

TANPA KITA SEDARI BELIA-BELIA KG. BRUNEI KIMANIS JUGA SEPAKAT BERSAMA MAHUKAN CALON ANAK TEMPATAN MENJADI KEUTAMAAN BARISAN NASIONAL PRU13 AKAN DATANG DAN MENOLAK KEPIMPINAN ANIFAH AMAN..... GEMPAR!!! GEMPAR!!! GEMPAR.... Betullah apa yang dikatakan jika tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya... Seperti sebelum apa yang dikatakan di kampung gadong kimanis


Salam Perjuangan, satu matlamat satu impian... Satu perjuangan... Calon Anak Tempatan pilihan ramai, disukai ramai, digemari ramai.. Sekian wassalam... Inilah hak anda.. Inilah kata hati anda..."








Sunday, 1 April 2012

CALON ANAK TEMPATAN PILIHAN RAKYAT KIMANIS

UMNO KIMANIS MAHUKAN ANAK TEMPATAN CALON PRU13?

Krisis dalam Umno Kimanis, lebih banyak demo akan dianjur
‘Beratus-ratus’ ahli Umno Kimanis mahu Anifah dfitukar
image KOTA KINABALU: Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya akan datang.
Dalam satu interbiu di sini, para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan, berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis, dan sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.

En. Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang, sementara En. Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri. Demonstrasi ketiga , mengikut ketua penganjur, En. Asno amat Muda, telah dihadiri oleh lebih kurang 300 ahli Umno. Semua peseerta demonstrasi telah menandatangani buku pendaftaran.

Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, Rizam berkata Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan sudah sampai masa beliau diganti. “Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”
“Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan dari Kimanis,” tambah Rizam. “Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.”
Asno dari Bambangan yang juga AJK Bahagian Umno Kimanis, berkata ini semua tidak sejajar dengan dasar 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita. Slogan 1Malaysia dengan jelas mengatakan ‘rakyat didahulukan’, maka dalam hal ini Umno harus mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat Kimanis. Kami menuntut seorang Ahli Parlimen yang datang dari kawasan kami sendiri.”
Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei (lebih kurang 58 peratus), dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun (38 peratus) dan yang lain orang-orang China dan lain-lain kaum. “Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” Asno menambah. Anifah, yang juga adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, adalah berasal dari Bingkul, Beaufort.
Tiga ketua penganjur itu berkata bahawa untuk menunjukkan betapa serius mereka tentang tuntutan para pengundi Kimanis, siri demonstrasi tersebut akan diteruskan. Asno mengesahkan banyak lagi demonstrasi akan diadalah dalam masa terdekat, dan yang akan diadakan sejurtus selepas ini ialah di  Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, dan di Kg. Poring yang juga akan disertai oleh rakyat dari Kg. Paung, Kg. Tamalang, Kg. Pinopok yang berdekatan.
-----------------------
‘Hundreds’ of Kimanis Umno members want Anifah replaced
KOTA KINABALU: In what appears to be an open confrontation for change, ‘hundreds of Umno members’ in P. 176 Kimanis are demanding that a new candidate be allowed to contest in place of Datuk Anifah Aman to represent the P. 176 Kimanis constitutency in the next general election.
In an interview here yesterday, leaders of the group which are mobilising what they call a Leadership Transformation Movement, said they are demanding for this change because Anifah, who is Malaysia’s current Foreign Minister has been in the Member of Parliament for the area too long and it is time to replace him. So far three demonstrations to voice out this demand had been held, the first in Dewan Kg. Pimping on January 21, 2012, the second in Dewan Lama Pekan Bongawan on the following day, and the third for two days on January 23 to 24 in Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.
En. Ag. Kamis Ag. Ahmad (left), who is a member of the division’s Youth Wing and was the organising chairman of the first demonstration in Pimping, said the attendance was about 500 people, while En. Ag. Mohd. Rizam who chaired the organising committee for the Pekan Bongawan demonstration claimed the attendance was more than 700 people.  The third demonstration, according to organiser En. Asno Amat Muda, was attended by about 300 Umno members. All demo participants signed registration books.
Asked as to why the demand for change, Ag. Mohd. Rizam said that Anifah has been the MP for Kimanis for too many terms. “He has represented Kimanis for four terms now,” he said. “Before he was the MP for Kimanis beginning in 2004, he was the MP for Beaufort, which then included Kimanis, beginning in 1999.”
“Our main reason for demanding that he be replaced is the fact that he is not from Kimanis,” Rizam (right) added. “It is long overdue for someone from Kimanis itself to represent this area. The arrangement whereby a constituency is represented by an outsider is outdated and should no longer be practiced by Umno. It is also an insult to the people of Kimanis as if Kimanis doesn’t have anyone qualified to be its own MP.”
Asno from Bambangan, who a member of the Kimanis Umno Divisional Committee, said that it is not in line with the Prime Minister’s 1Malaysia policy to continue with an outsider as their MP. “The 1Malaysia slogan specifically says that it’s ‘people first’, so in this case Umno must listen to what the people of Kimanis want. We demand that our MP be from our own area.”
Kimanis is a Bruneian majority area (about 58 percent), with the second biggest being the Kadazandusuns which comprise about 38 percent of voters, while the rest are Chinese and others. “We are not very particular about what racial identity our next MP will be as long as he or she is from Kimanis,” Asno added. Anifah, who is also the brother of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, is from Bingkul, Beaufort.
The three organisers said that to show the seriousness of the voters in Kimanis about their demand, the series of demonstrations will continue. Asno said that more demonstrations will be held soon, the next ones to be in Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, and in Kg. Poring which will also be participated by people from nearby Kg. Paung, Kg. Tamalang, and Kg. Pinopok.
sumber WikiSabah

GEMPUR LAGI!!! "KEBANGKITAN SUARA RAKYAT"

BELIA-BELIA KAMPUNG BARU KELATUAN, PAPAR

PENGANJUR: AMBROS SAIMON@HAFIZ

MASALAH:
1. PADANG BOLA
2. PUSAT RIADAH
3. PERALATAN SUKAN YANG TELAH DIJANJIKAN TIDAK DITUNAIKAN