Sunday, 18 March 2012

RAKYAT KIMANIS MENOLAK ANIFAH AMAN





http://kelapamawar.blogspot.com/2012/03/rakyat-kimanis-tolak-kepimpinan-anifah.html

http://kelapamawar.blogspot.com

Saturday, March 17, 2012

TAN SRI HARRIS SALLEH DAPAT BANTUAN KERAJAAN








Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga mantan Presiden Parti BERJAYA dan Parti BERSEKUTU, Tan Sri Harris Salleh dikhabarkan telah memperolehi bantuan dari kerajaan Negeri di Bawah Datuk Musa Aman dalam satu projek pertanian iaitu projek penanaman Ubi Kayu. Bantuan kewangan bernilai RM 1 juta itu diakui sendiri oleh Tan Sri Harris Salleh ketika secara kebetulan terserempak dengan Datuk Halik Zaman di sebuah hotel di Tenom. Perkara itu disahkan oleh Datuk Halik Zaman dalam wall Fcbnya sebentar tadi.

Selain itu Tan Sri Harris Salleh yang baru sahaja memenangi kes saman terhadap presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee bernilai RM 1 juta ekoran kenyataan Datuk Yong yang mendakwa beliau terlibat secara langusng dalam skandal kemalangan pesawat nomad yang dinaiki oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stepehns yang lebih dikenali sebagai peristiwan "double six". Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan memerintahkan datuk Yong Teck Lee membayar sejumlah RM 1 Juta kepada Tan Sri Harris Salleh.


Dalam pertemuan dengan Datuk Halik Zaman itu, Tan Sri Harris Salleh juga mendakwa memperolehi bantuan kewangan daripada Menteri Asas Tani Datuk Noh Omar berkenaan projek tersebut dengan nilai RM 5 juta. Ini bermakna mantan ketua menteri Sabah itu memperolehi bantuan kewangan bernilai Rm 6 juta daripada kerajaan negeri dan Pusat.

Post dalam wall Datuk Halik Zaman itu mendapat pelbagai pandangan antaranya ada yang mendakwa apakah projek tersebut benar-benar wujud atau sebaliknya selain daripada kewajaran kerajaan memberikan bantuan kepada Tan Sri Harris Salleh yang sudah pun bergelar jutawan sedangkan rakyat sepatutnya di bantu tidak pula dilakukan oleh kerajaan. Apakah ini juga sebagai umpan kepada Tan sri Harris Salleh supaya tidak membuat 'kacau' dalam poilitik Sabah menjelang PRU 13 ini?

Kenyataan Datuk Halik Zaman itu adalah seperti berikut:




TENOM, Ahad-Tan Sri Harris Mohd. Salleh berada diTenom. Secara kebetulan berjumpa diHotel Perkasa Tenom semasa serapan pagi.

Tan Sri Harris menjemput saya minum bersama dimejanya dan kami pun berbicara mesra. Kira kira 30 orang rakan rakan Tan Sri Harris juga berada dicoffee house tersebut.

Kata Tan Sri Harris beliau telah mendapat restu dari YAB Musa Haji Aman serta mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri dan Pusat untuk menggalakkan orang kampung tanam ubi kayu.

Kata Harris, Musa Aman beri RM1 juta dan Menteri Asas Tani Noh Omar beri bantuan RM5 juta untuk mulakan projek ubi kayu.

Saya malas nak komen. Saya angguk sahaja agar Tan Sri gembira. Kira kira 1 jam saya pun minta diri nak balik Kota Kinabalu.

http;//kelapamawar.blogspot.com

BUMBURING KELUAR UPKO?



Beberapa khabar angin bertiup kononnya Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing akan meninggalkan parti itu setelah bertindak menyertai Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) iaitu sebuah NGO yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bumburing sebelum ini adalah antara pemimpin Sabah yang begitu lantang mendesak penubuhan RCI mengenai PATI di Sabah.

Namun khabar angin itu dinafikan oleh Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau. Kenyataan berikut dipetik dari laporan BERNAMA:

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) hari ini (16 Mac) menafikan spekulasi bahawa timbalan presidennya Datuk Wilfred Bumburing telah keluar dari parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Wilfred Madius Tangau berkata perkara itu tidak benar sama sekali kerana Ahli Parlimen Tuaran itu kini menghadiri persidangan Dewan Rakyat di sini.
“Beliau tidak meninggalkan parti kerana ada seseorang telah membuat spekulasi, “ katanya ketika di hubungi Bernama.


Sejak dua minggu lepas, spekulasi timbul bahawa Bumburing, yang mendesak kerajaan pusat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, telah keluar dari parti itu selepas menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Bumburing merupakan timbalan pengerusi penaja NGO itu yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.-Bernama

HAK-HAK SABAH

Sunday, March 18, 2012


HAK-HAK SABAH TIADA YANG DIAMBIL,YANG SEBENARNYA KITA YANG BERI,KITA YANG SERAHKAN: DATUK SALLEH TUN SAID




Kenyataan Datuk Salleh Tun Said dalam majlis Konvensyen Media Sosial di UMS, dua hari lepas bahawa sebenarnya Hak-hak sabah yang cuba diperjuangkan oleh pihak tertentu dalam politik menjelang PRU 13 ini kononnya dirampas oleh Kuala Lumpur adalah tidak benar sama sekali. Mantan Ketua Menteri Sabah itu 'mengejutkan' para hadirin yangt hadir apabila mendakwa bahawa pemimpin Sabah terdahulu yang beri dan serahkan kepada Kuala Lumpur. Timbalan pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan itu turut mendakwa royalti minyak 5 peratus yang dikatakan diberikan kepada Sabah adalah sebenarnya atas persetujuan bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri pada waktu itu. Maka "Hak-Hak Sabah tiada yang diambil..yang sebenarnya KITA YANG BERI, KITA YANG SERAHKAN DAN TENTANG ROYALTI MINYAK..kita yang bersetuju lima persen atas persetujuan kedua belah pihak.." katanya semasa ucapan penggulungan konvensyen yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang itu sehingga mewujudkan lautan Biru kerana rata-rata peserta memakai pakaian biru.

Kenyataan Datuk Salleh ini dianggap 'membuka pekung di dada" BN dan UMNO di Sabah kerana memberi gambaran bahawa Kuala Lumpur yakni kerajaan Pusat tidak pernah berlaku adil kjepada rakyat Sabah, meskipun sudah beberapa kali desakan demi desakan oleh pemimpin Sabah mengenai perkara ini. Isu royalti minyak bukan sahaja diperjuangkan oleh Tun Mustapha berikutan layanan 'tidak' adil itu tetapi juga pernah disuarakan oleh PBS, namun tidak mendapat persetujuan. Perjanjian royalti minyak itu disyorkan dikaji semula kerana nyata Sabah adalah negeri pengeluar minyak, namun 95% hasilnya diserahkan kepada kerajaan Pusat.

Datuk Salleh juga dicabar supaya menamakan pemimpin-pemimpin Sabah yang dimaksudkanya telah menyerahkan hak-hak Sabah kepada kerajaan Pusat supaya satu bentuk jalan penyelesaian dapat dilakukan. Mungkin kenyataan ini ada benarnya kerana 'kerakusan' pemimpin terdahulu yang mahukan kuasa politik sehingga menggadai keistimewaan Sabah. Contoh paling ketara ialah penyerahan Pulau Labuan oleh Datuk Harris Salleh pada era pemerintahan parti BERJAYA telah membawa kepada kekalahan teruk parti itu ditangan PBS.

Setelah lebih 18 tahun UMNO berada di bumi Sabah, kerajaan Pusat bukan sahaja gagal mengembalikan hak-hak Sabah yang ternoda dek sikap sesetengah pemimpin Sabah yang rakus dan tamak kuasa tetapi juga Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.


CALON ANAK TEMPATAN

CALON ANAK TEMPATAN KEUTAMAAN RAKYAT PARLIMEN KIMANIS
http://kgsilou.blogspot.com/2012/02/umno-kimanis-mahukan-anak-tempatan.html

UMNO KIMANIS MAHUKAN ANAK TEMPATAN CALON PRU13?

Krisis dalam Umno Kimanis, lebih banyak demo akan dianjur
‘Beratus-ratus’ ahli Umno Kimanis mahu Anifah dfitukar
image KOTA KINABALU: Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya akan datang.
Dalam satu interbiu di sini, para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan, berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis, dan sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.

En. Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang, sementara En. Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri. Demonstrasi ketifa , mengikut ketua penganjur, En. Asno amat Muda, telah dihadiri oleh lebih kurang 300 ahli Umno. Semua peseerta demonstrasi telah menandatangani buku pendaftaran.

Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, Rizam berkata Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan sudah sampai masa beliau diganti. “Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”
“Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan dari Kimanis,” tambah Rizam. “Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.”
Asno dari Bambangan yang juga AJK Bahagian Umno Kimanis, berkata ini semua tidak sejajar dengan dasar 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita. Slogan 1Malaysia dengan jelas mengatakan ‘rakyat didahulukan’, maka dalam hal ini Umno harus mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat Kimanis. Kami menuntut seorang Ahli Parlimen yang datang dari kawasan kami sendiri.”
Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei (lebih kurang 58 peratus), dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun (38 peratus) dan yang lain orang-orang China dan lain-lain kaum. “Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” Asno menambah. Anifah, yang juga adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, adalah berasal dari Bingkul, Beaufort.
Tiga ketua penganjur itu berkata bahawa untuk menunjukkan betapa serius mereka tentang tuntutan para pengundi Kimanis, siri demonstrasi tersebut akan diteruskan. Asno mengesahkan banyak lagi demonstrasi akan diadalah dalam masa terdekat, dan yang akan diadakan sejurtus selepas ini ialah di  Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, dan di Kg. Poring yang juga akan disertai oleh rakyat dari Kg. Paung, Kg. Tamalang, Kg. Pinopok yang berdekatan.
-----------------------
‘Hundreds’ of Kimanis Umno members want Anifah replaced
KOTA KINABALU: In what appears to be an open confrontation for change, ‘hundreds of Umno members’ in P. 176 Kimanis are demanding that a new candidate be allowed to contest in place of Datuk Anifah Aman to represent the P. 176 Kimanis constitutency in the next general election.
In an interview here yesterday, leaders of the group which are mobilising what they call a Leadership Transformation Movement, said they are demanding for this change because Anifah, who is Malaysia’s current Foreign Minister has been in the Member of Parliament for the area too long and it is time to replace him. So far three demonstrations to voice out this demand had been held, the first in Dewan Kg. Pimping on January 21, 2012, the second in Dewan Lama Pekan Bongawan on the following day, and the third for two days on January 23 to 24 in Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.
En. Ag. Kamis Ag. Ahmad (left), who is a member of the division’s Youth Wing and was the organising chairman of the first demonstration in Pimping, said the attendance was about 500 people, while En. Ag. Mohd. Rizam who chaired the organising committee for the Pekan Bongawan demonstration claimed the attendance was more than 700 people.  The third demonstration, according to organiser En. Asno Amat Muda, was attended by about 300 Umno members. All demo participants signed registration books.
Asked as to why the demand for change, Ag. Mohd. Rizam said that Anifah has been the MP for Kimanis for too many terms. “He has represented Kimanis for four terms now,” he said. “Before he was the MP for Kimanis beginning in 2004, he was the MP for Beaufort, which then included Kimanis, beginning in 1999.”
“Our main reason for demanding that he be replaced is the fact that he is not from Kimanis,” Rizam (right) added. “It is long overdue for someone from Kimanis itself to represent this area. The arrangement whereby a constituency is represented by an outsider is outdated and should no longer be practiced by Umno. It is also an insult to the people of Kimanis as if Kimanis doesn’t have anyone qualified to be its own MP.”
Asno from Bambangan, who a member of the Kimanis Umno Divisional Committee, said that it is not in line with the Prime Minister’s 1Malaysia policy to continue with an outsider as their MP. “The 1Malaysia slogan specifically says that it’s ‘people first’, so in this case Umno must listen to what the people of Kimanis want. We demand that our MP be from our own area.”
Kimanis is a Bruneian majority area (about 58 percent), with the second biggest being the Kadazandusuns which comprise about 38 percent of voters, while the rest are Chinese and others. “We are not very particular about what racial identity our next MP will be as long as he or she is from Kimanis,” Asno added. Anifah, who is also the brother of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, is from Bingkul, Beaufort.
The three organisers said that to show the seriousness of the voters in Kimanis about their demand, the series of demonstrations will continue. Asno said that more demonstrations will be held soon, the next ones to be in Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, and in Kg. Poring which will also be participated by people from nearby Kg. Paung, Kg. Tamalang, and Kg. Pinopok.
sumber WikiSabah

58 comments:

  1. If the people wanted a Kimanis citizen to contest, then the party should consider giving a local citizen the chance to fight for their own people.
    BalasPadam
  2. A local MP will know better what his people wanted since he is also one of them, it is a good thing to place a local candidate. This could also ensure they are a winnable candidate since it is what the people wanted.
    BalasPadam

    Balasan


    1. tapi rasanya anifah berusaha membantu membangunkan kimanis..namun terpulang kepada BN untuk memilih calon mereka..
      Padam

  3. mmg sebaiknya anak tempatan yang harus menjadi wakil rakyat, tapi, Anifah dah lama menjadi wakil rakyat di Kinamis.
    BalasPadam

    Balasan


    1. Perhaps Anifah should hand over the reign to a new candidate to continue the legacy.
      Padam
    2. kalau ada calon yang sesuai, bagi nama lah..kalau tiada, rasanya biarlah Anifah saja jadi wakil untuk penduduk di Kimanis.
      Padam
    3. Anifah telah menjalankan tugasnya dengan baik selama ini.
      Padam

  4. jika dia bukan anak tempatan tapi boleh memimpin dgn baik, tak ada salahnya.
    BalasPadam

    Balasan


    1. Kimanis district status next year

      Published on: Friday, September 02, 2011, Daily Express

      Keningau: Malaysia will be conducting the Asean Peace Forum next year to attract more tourists and corporate members from China, Taiwan, UK and United States to visit the country.Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said the delegations would also visit the interior.During a meeting with US President Barrack Obama, he said the latter commended the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak despite the diversity in race and religion in Malaysia.On another issue, Anifah said Kimanis would become a district next year complete with its own District Office.On other developments, Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun hoped the people, especially the Chinese community, would help the Government attract domestic and foreign tourists, especially from China, Taiwan and Hong Kong, to visit Sabah.This is because after the earthquake-tsunami disaster in Japan, tourists visiting Malaysia from the "Land of the Rising Sun" have significantly decreased, he said.To this, Upper Interior Tourism Operators Association Chairman, Frankie Tamin, suggested that the World War II Memorial here be upgraded.Such memorial is a major attraction among the tourists, he said.Masidi, who agreed to the proposal, urged the Keningau District Officer to submit an official letter to him regarding the matter.Meanwhile, Anifah advised Sabah MCA to remain united and to assist the Government win the coming general election.
      Padam
    2. Kimanis Petroleum Training Centre to offer Sabahans career in oil & gas sector

      Posted on October 10, 2011, Monday

      MEMBAKUT, Sabah: The Kimanis Petroleum Training Centre, operated by Petronas, here will offer career opportunities for Sabahans in the state’s oil and gas sector.
      Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said the training centre can cater for 50 trainees at any one time and that the involvement of Sabahans was crucial in developing the oil and gas sector, especially the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) in Kimanis which would be fully operational in 2013.
      “Rapid development of Sabah’s oil and gas sector can only be ensured if it is supported by skilled and knowledge workforce.
      “As such, training programmes conducted at the centre would serve to meet the human capital requirements of this industry,” he said when officiating the training centre’s temporary campus here yesterday.
      The text of his speech was read on his behalf, by Anifah’s political secretary Datuk Norhaidi Che Dan.
      Anifah, who is also Kimanis Member of Parliament, said Sabahans must realise that the opportunities provided by Petronas should be used wisely to develop their own state and simultaneously improve their socio-economic standing.
      He said more than 4,000 employees were required to operate the SOGT which was expected to have a positive impact on the economic well-being of the community.
      Meanwhile, Vice-President Petronas Petroleum Management Ramlan A Malek said Petronas was already providing training to Sabah youths in the oil and gas sector while waiting for the permanent campus to be ready in 2013.
      A total of 25 youths have become the first batch of trainees to undergo a two-year Industry Control and Instrumentation programme at the training centre since June. — Bernama
      Padam
    3. Are the projects will never be completed if Anifah is replaced?
      Padam
    4. walau pun bukan calon tempatan namun, yang penting tnggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya.
      Padam

  5. Hopefully the ruling party will provide them with a home grown candidate that they can relate to.
    BalasPadam
  6. Tengok saja calon pada PRU13, sama ada winnable candidate atau tidak.
    BalasPadam

    Balasan


    1. Susah juga bah mahu cakap. Kalau si Anifah boleh buat kerja dengan baik juga, apa mahu bising:P
      Padam

  7. Sekarang ni saya yakin Anifah pasti akan tetap berusaha menambat hati rakyat awalaupun ada suara2 yang mahu dia berundur.
    BalasPadam

    Balasan


    1. I'm sure if he is re-appointed as candidate, he will continue to do his best for the Kimanis folks as he always has.
      Padam

  8. So kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
    BalasPadam
  9. Kalau orang mahu undi si Anifah, konpom dia juga tu menang nanti. Tengok sajalah.
    BalasPadam
  10. Its about time for Anifah to be replaced.
    BalasPadam

    Balasan


    1. kita tunggu dan lihat siapa yang akan dicalonkan..
      Padam

  11. Others should be given the chance to lead especially those who are from Kimanis.
    BalasPadam
  12. But most importantly is to make that the candidate is a winnable one. They can't risk having their party lose.
    BalasPadam

    Balasan


    1. Then its up to the party to appoint the best winnable candidate to ensure the party's victory.
      Padam
    2. jadi pucuk pimpinan parti kena bijak memilih calon mereka nanti..
      Padam

  13. How many of the Kimanis folks are in support of this move to have a local candidate?
    BalasPadam

    Balasan


    1. That is a good question. Maybe only minority wants Anifah to be replaced whilst the majority still need him.
      Padam

  14. Anifah is not local?
    BalasPadam

    Balasan


    1. Patut letak anak tempatan Kimanis.
      Padam

  15. The folks already voiced out their voice and UMNO/BM should take this matter into consideration.
    BalasPadam
  16. UMNO tetap akan menyokong padu bagi Anifah untuk mengekalkan jawatan.
    BalasPadam
  17. Kita tunggu nanti kata putus yang akan dibuat untuk dicalonkan dikawasan tersebut.
    BalasPadam
  18. Calon yang sedia ada rasanya sudah memadai untuk memperjuangkan hak penduduk.
    BalasPadam
  19. I think Anifah is well enough to be there.
    BalasPadam
  20. Anifah adalah anak jati Sabah jadi saya rasa tiada timbul isu beliau bukan orang tempatan.
    BalasPadam

    Balasan


    1. betul tu, Anifah anak jati Sabah yang banyak membantu menaikkan Kimanis.
      Padam

  21. Voicing out is another way to let him know that he is a threat to Kimanis folks.
    BalasPadam
  22. I guess it's time for Anifah to go.
    BalasPadam
  23. They do have the right to find people of their own. Hope Anifah will not get offended.
    BalasPadam
  24. This is gonna be an interesting election, everyone want change.
    BalasPadam
  25. Anifah telah banyak membantu menbangunkan Kimanis. Rasanya beliau masih layak untuk menjadi wakil rakyat.
    BalasPadam

    Balasan


    1. tapi rakyat di kimanis mahu calon tempatan...suara mereka juga harus didengar...apa2 pun terpulang kepada pucuk pimpinan BN..
      Padam

  26. Terpulang kepada BN nanti,siapa yang akan jadi calon untuk Kimanis.
    BalasPadam
  27. pihak yang menganjurkan gerakan transformasi kepimpinan ini patut menyenaraikan sekali calon yang berpotensi boleh memberikan kemenangan kepada BN sekaligus mampu membawa perubahan yang lebih besar terhadap kawasan yang diwakili itu..
    BalasPadam

    Balasan


    1. ya..jika mahukan calon tempatan, senaraikan lah siapa yang layak.
      Padam

  28. tapi bagimana jika lebih ramai pihak samada dikalangan ahli2 BN sendiri mahupun penggundi2 yang mahukan Anifah Aman dikekelkan??
    BalasPadam
  29. jangan jadikan berdemo sebagai budaya. banyak saluran jika mahu suarakan pandangan.
    BalasPadam
  30. jika hanya beratus yang mahu Anifah diganti sedangkan ribuan yang lain masih menyokong Anifah, maksudnya beliau masih relevan.
    BalasPadam
  31. Jika ada calon yang berkaliber, tidak salah untuk mencadangkan nama.
    BalasPadam
  32. I think Anifah has great support from down level.
    BalasPadam
  33. BN akan menentukan calonnya. Tunggu dan lihat perkembangan.
    BalasPadam
  34. BN will still support Anifah for PRU13.
    BalasPadam
  35. Calon tempatan lebih memahami keperluan rakyat di Sabah.
    BalasPadam
  36. sila layari facebook: perubahan bongawan page dan anda semua akan tahu sebabnya anifah aman di ganti dan wajar ditolak kepimpinannya.
    BalasPadam
  37. anifah aman suka beras tapi bagi orang lain cuci.
    banyak janji.. semua ucapab beliau ada di youtube kebangkitan suara rakyat parlimen kimanis
    BalasPadam
  38. 1. ag muslim talib
    2. daud bin yusof
    3. amat bin yusof
    4. yusof bin said
    5. datuk hj. ag. sahak
    BalasPadam
  39. itu akhbar dia punya la... sebab tu la semua dia yang buat. YB adun N.23 bongawan mereka kata tak pernah buat kerja ke?
    isu tanah di log pond di mana projek petronas dilakukan sekarang belum selesai lagi.
    dan harus kita ingat faktor kemenangan Barisan Nasional adalah berlandaskan kepada siapakah pihak lawan. jika di kira pada faktor-faktor yang lepas penerimaan terhadap anifah aman semakin merosot. Ditambah dengan keadaan sekarang penolakan kepimpinan daripada kalagan UMNO pun begitu ketara. di mana kemenangan Barisan Nasional akan datang diperolehi
    BalasPadam
  40. Kota Kinabalu – Seramai 30 belia bakal menjadi fokal point KDM di negeri ini dengan penganjuran program Train the Fasilitator (TTF) oleh Pertubuhan KDM Malaysia yang akan berlansung selama tiga hari bermula pada 16 – 18 Mac ini bertempat di sebuah hotel di sini.

    Program tersebut dilaksanakan adalah dengan hasrat untuk memastikan para peserta mampu menjadi fokal point bagi KDM Malaysia dalam usaha membangunkan anak bangsa di negeri sabah secara amnya. Program ini juga bermatlamat untuk peserta didedahkan kepada kemahiran-kemahiran penting dalam memfasilitasikan sesi-sesi latihan dengan mengambilkira aspek persediaan, metodologi penyampaian, penilaian bagi memastikan sesi latihan yang dilaksanakan tersebut adalah satu sesi yang efektif dan mendatangkan impak yang mendalam.

    Peter Anthony, Naib Pengerusi juga Penasihat Program berkata, program TTF ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal dan menyiapkan bakal fasilitator kepada program “Malaysian Youth intercultural Dialouge 2012” (MYiD) yang akan di adakan pada 4- 6 Mei 2012 akan datang .

    MYiD ini adalah satu daripada usaha KDM Malaysia untuk memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada golongan belia Malaysia umumnya dan Sabah khasnya akan kepentingan menerima, mengurus dan meraikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini secara praktikal dan mampu diterjemahkan secara langsung dalam usaha membina diri mereka sendiri sebagai pemimpin generasi pewaris bangsa dan negara.

    Realiti negara Malaysia tercinta yang terbina atas kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latarbelakang adalah hakikatnya satu kekuatan yang sering dilupakan atau dinafikan oleh sebilangan rakyat Malaysia sendiri. Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah taraf negara maju menjelang 2020, isu pengurusan kepelbagaian masyarakat majmuk ini masih menjadi persoalan dan permasalahan yang membelenggu pemimpin mahupun rakyat secara umumnya.

    “Aspek penerimaan kepelbagaian semata-mata, tidak lagi boleh dijadikan sandaran untuk Malaysia memastikan perpaduan dan kesefahaman pelbagai bangsa yang menjadi nadi dan tulang-belakang negara tercinta ini. Masa telah tiba untuk memastikan perbezaan dan kepelbagaian ini bukan sekadar diterima, malah diraikan dan diwar-warkan sebagai kekuatan di sebalik kejayaan negara bangsa ini” , kata Anthony.

    Golongan belia adalah generasi pelapis kepimpinan yang akan menerajui negara Malaysia yang maju tahun 2020 nanti mestilah diberikan pendedahan dan input yang sewajarnya dalam memastikan golongan ini bukan sahaja mampu memahami, malah memacu perubahan dalam mengurus kepelbagaian secara profesional dan mendalam kesannya kepada rakyat yang cintakan negara Malaysia ini.

    Peter Anthony juga menyeru agar para belia merebut peluang untuk turut serta dengan program MYiD untuk memastikan mereka dapat mengasimilasikan dan menerima kepelbagaian budaya dan fahaman di Negara ini.

    Projek MYiD adalah program akan melibatkan belia berumur dalam lingkungan 18 sehingga 25 tahun terdiri daripada mahasiswa IPTA/S Sabah,Sarawak dan semenanjung Malaysia serta terbuka kepada belia KDM pelbagai latarbelakang. Untuk keterangan lanjut berhubung dengan program sila lawati laman sesawang www.kdmmalaysia.org

    Program TTF akan dikendalikan oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, konsultan jurulatih yang diiktiraf oleh HumaNext LLC, New York, USA dalam bidang ‘Creativity & Innovation at Work’, ‘Applying Emotional Intelligence (EQ) at Work’ dan ‘Critical Conversations’. Tengku Naufal mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dan Motivasi Diri produktif. Dr Tengku Naufal juga adalah merupakan ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan KDM Malaysia. Beliau sering dijemput sebagai jurulatih bebas di dalam pelbagai kursus yang berkaitan dengan pengurusan, undang-undang & pembangunan sumber manusia.
    BalasPadam