Saturday, April 7, 2012
PILIH PEMIMPIN DARI KELOMPOK KOMUNITI YANG SAMA LEBIH BERKESAN : SDR ROSLAN HJ. MANSHOR
Seorang AJK UMNO KB juga mantan pegawai Esekutif Majlis Daerah Kota
Belud, Sdr Roslan Hj Manshor hari ini secara lebih bersopan membuat
'ironi' mengenai keperluannya pucuk pimpinan memilih calon atau pemimpin
dari kelompok komuniti masyarakat yang diwakilinya. Sebagai seorang
politikus yang terl;ibnat secara langsung di peringkat akar umbi
terutama di peringkat cawangan serta menjadi saluran penyampaian
kehendak akar umbi tersebut ke peringkat BAHAGIAN, Sdr Roslan memberi
'perbandingan' secara telus bagaimana seorang pemimpin dari kalangan
Nelayan, harus mengangkat pimpinannya dari kalangan mereka supaya tampak
lebih memahami kehendak golongan berkenaan daripada pemimpin dari luar
kelompok golongan tersebut.
Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung
jangan berselerak, begitulah kenyataan yang dibuat oleh Sdr Roslan yang
juga aktivis NGO sebagai menyampaikan hasrat dan kehendak akar umbi
kepada pucuk pimpinan negeri dan Pusat.
Sebelum ini dalam blog Sdr Roslan beberapa bulan lepas turut memuatkan
'Teguran' secara sinis kepada beberapa pengadu domba dari kalangan
pemimpin sedia ada dalam politik Kota Belud yang memperalat dan
mewar-warkan tentang calon pilihan masing-masing walaupun ianya tidak
perlu dibuat.
Sdr Roslan sedang menyampaikan kehendak akar umbi dalam mesyuarat Bahagian UMNO KB
Hari ini satu lagi kenyataan yang dipostkan dalam Fcb oleh Sdr Roslan
Haj Manshor berkenaan dengan isu pemilihan pemimpin atau calon tempatan.
Beberapa sebab yang diberikan oleh beliau sangat lojik untuk
dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan negeri dan Pusat; Baca kenyataan
Beliau ini :
Pemimpin yang dipilih dikalangan kelompok komoniti lebih berkesan
berbanding dengan yang pemimpin yang dipilih dari luar kelompok komoniti
yang dipimpinnya. Misalnya pemimpin yang dipilih dari kelompok nelayan
itu sendiri lebih memahami kehidupan dan keperluan kelompok nelayan
berbanding dengan pemimpin yang tidak mempunyai hubungan latar belakang
dengan kehidupan nelayan. Antara sebab kejayaan memilih pemimpin di
kalangan kelompok yang dipimpin ialah, misalnya seorang pemimpin yang
dipilih di kalangan seorang nelayan lebih baik kerana:
01. Pemimpin itu sendiri telah mengalami keperitan kehidupan seorang
nelayan dengan Mengambil kira pengalaman keluarganya yang bergantung
penuh kepada ikan.
02. Beliau dapat memahami budaya kehidupan kelompok nelayan
03. Apabila pemimpin itu dipilih hanya di kalangan kelompok nelayan,
sudah tentu beliau tidak mempunyai masalah hubungan dengan masyarakatnya
sendiri apabila nanti memikul tanggungjawabnya sebagai pemimpin di
kalangan kelompoknya sendiri.
Sementara pemimpin yang dipilih bukan dari kelompoknya sendiri akan mengalami kesukaran memimpin kepada kelompok itu antara:
01. Kurang pengetahuan tentang budaya dan norma- norma kehidupan
kelompok itu. Akhirnya segala tindakkannya tidak mendapat sokongan
kelompok yang dipimpinnya.
02. Menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan kelompok yang dipimpinnya,
misalnya dari segi bahasa, agama, dan budaya kelompok itu sendiri.
03. Pemimpin bukan kalangan kelompok selalunya bertindak tidak selari kehendak kelompok yang dipimpin.
Kesimpulnya memilih pemimpin di kalangan kelompok itu sendiri jauh lebih
baik berbanding dengan pemimpin yang dipilih di luar kelompok itu.
Apapun itu adalah padangan peribadi saya berdasarkan padangan dan
pengalaman saya selama berkecimpung dalam dunia politik.
No comments:
Post a Comment