JANGAN MERAJUK,JANGAN SABOTAJ PARTI
Perdana Menteri
yang juga presiden UMNO mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN
supaya tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih
sebagai calon pada PRU 13 nanti. Sambil mengingatkan ahli parti bahawa
kesetiaan kepada parti adalah sangat penting dalam menjamin kemenangan
pada PRU 13, Najib juga berkata ada pemimpin yang berkecil hati, merajuk
dan ada juga yang menutup bilik gerakan serta enggan bekerja dan
berkempen, apabila mengetahui tidak dipilih sebagai calon.Malahan kata
Najib ada yang bertindak protes dan meninggalkan parti untuk keluar
negara. Datuk Seri Najib berkata demikian ketika berucap dalam lawatan
singkatnya ke Pulau Pinang.
Walaupun pada
awalnya pemimpin ini kata, supaya keputusan muktamad diberikan kepada
pucuk pimpinan parti, namun bila keputusan dibuat dan tidak menyebelahi
mereka, maka mereka akan bertindak mensabotaj parti katanya lagi.
Perbuatan
mensabotaj parti ini bukan saja berlaku ketika PRU 2008 tetapi juga di
jangka akan berlarutan pada PRU 13 ini berikutan beberapa perkembangan
politik di beberapa bahagian yang bertindak tidak mencalonkan pemimpin
tertentu.
Di Sabah bantahan
pemimpin import dan pemimpin tertentu juga berlaku. Di Beaufort
mislanya, UMNO Bahagian itu bertindak tidak mencalonkan ADUN KLIAS Datuk
Azizah Mohd Dun.Manakala di Kimanis juga dikhabarkan Datuk Anifah Aman
mendapat potes masyarakat setempat kerana faktor bukan orang tempatan di
kawasan itu. Datuk LajimUkin yang sebelum ini juga di war-war akan
meninggalkan UMNO kerana dikatakan tidak dicalonkan semula. Namun ia
tidak menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment