DATUK SALLEH KESAL TANAH DI SABAH SEMAKIN TERHAKIS
Media melaporkan
mantan Ketua menteri Sabah yang juga speaker Dewan Undangan Negeri ,
merangkap timbalan ketua perhubungan UMNO negeri Datuk Salleh Tun Said
dipetik sebagai cukup merasa kesal dengan perkembangan tanah-tanah di
negeri ini yang mula dikuasai oleh orang lain. Selain daripada kes
pencabulan Tanah adat dan juga kes tuntutan bertindih keatas tanah-tanah
tertentu di Sabah, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud itu turut merasal
kecewa dengan beberapa kawasan atau tanah berhampiran bandar Kota
Kinabalu yang mula dimiliki oleh orang lain.
Antara kawasan yang dimaksudkan ialah seperti yang dilaporkan dalam laman FCb adalah seperti berikut:
(1) tanah UMNO seluas 5 ekar dikg.Sembulan,
(2) 400 ekar dikg.Sembulan (Hotel Pan Pasifik)
(3) tanah USIA seluas 20 ekar KK.(Centre Point)
(4) tanah USNO seluas 5 ekar KK.(Wisma Mardeka)
(5) tanah kosan KK.(Wisma Bandaraya)
(6) tanah Yayasan Sabah dikk.(Suria Kinabalu/Sabah)
(7) tanah USIA 23 ekar diLikas ( 1 Borneo)
(8) satu Pulau Gaya akan dibangunkan Hotel Lima bintang,
Sebelum ini Datuk
Salleh dalam blognya secara sinis 'menegur' pucuk pimpinan negeri dan
pusat mengenai kebanjiran pendatang asing di Sabah. Sambil menyifatkan
bahawa daripada pengamatannya sendiri ketika berjalan di beberapa daerah
di Sabah mendapati bahawa masalah PATI sudah sampai ke tahap paling
kronik. Justeru satu Suruhanjaya bebas atau RCI perlu segera ditubuhkan
supaya isu ini tidak menjadi isu pilihanraya akan datang.
Baru buka mata ka?... Pemimpin yang selalu 'tertinggal keretapi' sebeginilah yang menghancurkan Sabah.
ReplyDelete