Tuesday 10 April 2012

KATA PENDUDUK PENDALAMAN

PENDUDUK PEDALAMAN MAHU KERAJAAN NEGERI MELAKSANAKAN PROJEK PENANAMAN GETAH SECARA BESAR- BESARAN BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN LUAR BANDAR

K'jaan diminta laksana projek penanaman getah di Nabawan
8th December, 2010 KOTA KINABALU: Penduduk pedalaman khususnya Nabawan mahu kerajaan negeri melaksanakan projek penanaman getah secara besar- besaran di kawasan itu bagi membantu mengurangkan kadar kemis- kinan.
Wakil penduduk kampung yang juga Pegawai Bahagian Zon Pedalaman Atas (Keningau) Juruperunding Hal Ehwal Kepenggunaan Alam Sekitar dan Hak Asasi Manusia, Alexsius Mangka berkata, ini kerana Nabawan adalah antara kawasan yang mempunyai ramai penduduk tergolong dalam miskin tegar.
Beliau berkata, antara langkah terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan penanaman getah secara besar-besaran.
“Saya difahamkan, setakat ini Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Nabawan sedang menunggu peruntukan untuk penanaman getah secara berkelompok di kawasan Nabawan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke pejabat New Sabah Times, di sini, kelmarin
Alexsius berkata, ramai penduduk kawasan itu berminat untuk menanam getah apatah lagi harga kepingan getah meningkat hampir RM7 ketika ini.
“Setakat ini seramai 30 pemohon (tidak termasuk pemohon individu) telah mengemukakan permohonan untuk penanaman getah secara berkelompok sejak empat tahun yang lalu tetapi belum lagi dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan,” katanya.
Sehubungan itu, Alexsius berharap projek penananam getah secara ber- kelompok dan secara individu di kawasan Nabawan dapat dilaksanakan melalui peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan iaitu peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Parlimen dan pembangunan luar bandar.
“Kami amat mengharapkan agar kawasan Nabawan diberi pertimbangan sewajarnya tahun depan untuk penanaman getah secara berkelompok dan individu.
“Ini salah satu cara untuk membasmi kemiskinan luar bandar selain Program Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT), tambahan pula kawasan Nabawan amat sesuai untuk penanaman getah,” katanya.
Sementara itu, berkenaan dengan bantuan bencana alam untuk para petani di kawasan Nabawan, Alexsius mendakwa para petani yang mengalami kerugian daripada bencana alam kemarau pada tahun lalu masih belum menerima bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian.
Oleh itu beliau berharap, pihak berkenaan dapat mempercepatkan proses pemberian bantuan untuk para petani yang mengalami kerugian akibat kemarau.
Mengenai pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) beliau turut berharap apabila tamat tempoh jawatan seseorang pengerusi JKKK, pemilihan itu akan diserahkan kepada rakyat di kawasan itu untuk pemilihan semula.
“Pelantikan dan pemilihan seseorang JKKK melalui suara rakyat di kawasan berkenaan adalah lebih baik daripada lantikan pihak tertentu,” katanya.

No comments:

Post a Comment