SAYA TIDAK TAHU MENGAPA UMNO KOTA BELUD MENCADANGKAN SEMULA RAHMAN DAHLAN
" Saya tidak tahu
mengapa UMNO KB mencadangkan semula Datuk Rahman Dahlan di Parlimen
Kota Belud pada PRU 13" Inilah ungkapan mantan seorang calon pembangkang
di DUN USUKAN kepada kelapamawar sejurus selepas saya mengajukan
pandangannya mengenai 'nilai' kepimpinan ahli Parlimen itu. Rakyat Kota
Belud dan politik di Sabah sudah benar berubah berbanding PRU 12 yang
lepas. Maklumat begitu pantas 'menemani' mimpi-mimpi malam rakyat Kota
Belud, katanya lagi.
Apakah BN dan
UMNO Kota Belud tidak menyelami kehendak dan sentimen akar umbi yang
inginkan calon anak tempatan? Tanyalah kepada kelapamawar. Justeru dari
satu segi, jika benar UMNO KB telah dan bersetuju supaya Datuk Rahman
Dahlan dikekalkan sebagai calon PRU 134 nanti, maka ia satu kelebihan
besar kepada pembangkang di daerah ini , sekaligus isu ini boleh
dimainkan untuk memintal undi berterusan dari rakyat.
Prestasi dan
'persembahan' seseorang wakil rakyat itu tidak lagi jadi ukurannya di
Kota Belud, isu yang lebih utama ialah calon import atau calon
tempatan.? Namun bila kelapamawar mengajukan tentang isu parti import
dan parti tempatan, sebaliknya mantan calon pembangkang ini berhujah
bahawa, parti import dengan calon anak tempatan lebih sendikit baik
daripada parti import dan calon juga import.
Apakah buktinya
bahawa sentimen calon anak tempatan mula mengambil tempat dalam politik
Sabah? Sindrom menolak kepimpinan yang dilahirkan dari sindrom import
ini telah berlaku di kebanyakkan daerah di Sabah. Kimanis, papar,Kota
Marudu dan Kota Belud sentimen ini mula dianggap sebagai 'keperluan'
dalam memilih pemimpin.
Beberapa pemimpin
dan politikus yang sempat ditemui juga melahirkan kebimbangan jika
Rahman Dahlan dicalonkan semula, maka BN akan kehilangan kerusi Parlimen
Kota Belud.
No comments:
Post a Comment