MUNGKINKAH PULAU LABUAN DIKEMBALIKAN KEPADA SABAH?
Bahang politik di
Tanah besar Sabah juga sedikit sebanyak terasa di pulau Labuan.
Kekecohan yang berlaku di kebanyakkan Bahagian UMNO di Sabah mengenai
pemilihan dan penentuan calon PRU 13, juga berlaku di Pulau yang
diserahkan kepada kerajaan Pusat oleh Mantan Ketua Menteri Sabah era
parti BERJAYA Tan Sri Haris Salleh.
Penggantungan
keahlian mantan MP Pulau Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman oleh UMNO
Pusat telah 'mencetuskan' penentangan secara terbuka kepada parti itu.
Seperti yang dilaporkan media, sebelum ini terdapat 14 cawangan di pulau
itu berikrar akan berpaling tadah jika isu tersebut tidak ditangani
secara lebih telus dan adil.
Terbaru pula
apabila, dikatakan seramai hampir 7000 pengundi berdafttar dan ahli UMNO
akan 'belot'jika Datuk Suhaili tidak dicadangkan sebagai calon pada PRU
13 akan datang. Sambil mengingatkan akan kemungkinan yangh berlaku
termasuk mantan MP Labuan itu akan menyertai pembangkang, jurucakap
Badan Bertindak Pengundi Labuan, Arif Buang turut mendakwa bahawa
berlaku ketidakadila ketika Majlis Displin UMNO menjatuhkan hukuman
ketasa mereka.
Apakah UMNO Pusat
telah melupakan fakta Sejarah bahawa punca kejatuhan kerajaan BERJAYA
tajaan KL selain dari isu Tambunan juga adalah kaitan dengan penyerahan
Pulau Labuan kepada Pusat? Apakah UMNO juga telah lupa dan alpa dengan
fakta bahawa sebilangan besar rakyat Sabah masih tidak bersetuju dengan
status Labuan sebagai sebahagian dari wilayah persekutuan?
Atau sudah sampai masanya Labuan harus diserahkan kembali kepada Sabah untuk menjamin survival UMNO di negeri bawah bayu ini..
Petikan Dari Sabahkini.net:
SERAMAI 6,700 pengundi Pro-BN akan berpaling tadah di Labuan jika Majlis
Tertinggi UMNO tidak menarik balik penggantungan dan enggan memilih
Ketua UMNO Labuan yang sedang menjalani penggantungan, Datuk Suhaili
Abdul Rahman sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang.
Pengerusi Badan Bertindak Pengundi Labuan, Ariff Buang ketika
menghubungi Sabahkini.net menegaskan pihaknya terpaksa memberi amaran
keras kerana Pucuk Pimpinan UMNO Pusat, terutama Setiausaha Agung UMNO,
Adnan Mansor telah menganiaya ahli UMNO Labuan termasuk dirinya (Ariff)
yang digantung daripada jawatan sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi
Tetap disebabkan membuat teguran secara terbuka melalui Videoklip
bertajuk 'Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN.'
"UMNO Labuan jangan terlalu sombong dan bongkak kerana yang
menandatangani Petisyen ini adalah pemilih berdaftar, majoritinya ahli
UMNO yang sudah bosan dengan tindak tanduk Setiausaha Agung UMNO,
Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO Labuan yang menjadikan
UMNO Labuan sebagai harta rampasan perang yang diagehkan sesama mereka,
terutama berhubung isu pemecatan 11 Ketua Kampung yang juga Ketua
Cawangan UMNO Labuan," kata Ariff yang menegaskan bahawa kesemua
penandatangan petisyen berkenaan sanggup menggadaikan masa hadapan
mereka demi kesinambungan Barisan Nasional di Labuan.
Tetapi
kata Ariff, mereka telah bersepakat untuk berpaling tadah menyokong
parti lain selain UMNO jika rayuan dan petisyen mereka tidak didengar
oleh Pucuk Pimpinan UMNO semata-mata kerana memberi muka kepada pucuk
pimpinan UMNO Labuan yang merancang konspirasi untuk menjatuhkan Suhaili
melalui tindakan di luar perlembagaan, terutama menggunakan SPRM
sebagai alat.
UMNO Pusat, kata Ariff perlu sedar bahawa UMNO Labuan tidak lagi selamat
jika 6,700 pengundi Labuan yang telah menangani Petisyen berkenaan
berpaling tadah kerana calon UMNO pada pilihanraya umum 2008, Datuk Haji
Yusof Haji Mahal hanya memperolehi 10,471 undi sahaja berbanding Calon
Bebas, Lau Seng Kiat 2,014 undi dan Calon Pas, Matusin Abdul Rahman
1,106 undi.
"Jika 6,700 penandatangan petisyen berpaling tadah, sudah pastinya calon
UMNO akan kecundang," kata Ariff yang memaklumkan terdapat 21,000
pemilih berdaftar di Labuan yang majoritinya merupakan penyokong tegar
dan Pro-Suhaili.
Bagaimanapun Ariff bimbang jika Suhaili menyertai Parti Pembangkang atau
membuat keputusan untuk menjadi calon Bebas sebelum Pucuk Pimpinan UMNO
membuat keputusan menarik balik pengantungan Suhaili bagi membolehkan
beliau memimpin UMNO Labuan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Namun saya berharap agar kebimbangan kami tidak menjadi realiti dan
Suhaili masih bersama BN," kata Ariff yang meyakini banyak pihak sudah
melamar Suhaili sebagai calon mereka bagi memastikan Labuan berjaya
ditawan daripada BN.
Ariff turut memaklumkan jika Petisyen ini gagal, mereka akan
melaksanakan Visi Kedua yang hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai
kerana katanya sejarah politik Sabah pernah mencatatkan Kerajaan BN
Sabah tumbang kerana isu Labuan dan memberi amaran tidak mustahil
sejarah akan berulang pada PRU-13.
No comments:
Post a Comment