Saturday 31 March 2012

MESYUARAT KHAS AJK BAHAGIAN UMNO PARLIMEN KIMANIS

CADANGAN-CADANGAN CALON BARISAN NASIONAL KAWASAN PARLIMEN KIMANIS PERINGKAT DUN DAN PARLIMEN


Mesyuarat Khas UMNO Kimanis pada 30/03/2012 jam 9 malam di Le Meridean Kota Kinabalu diadakan secara mengejut dan hanya dimaklumkan melalui pesanan SMS kepada AJK-AJK Bahagian UMNO Parlimen Kimanis.
Pelbagai Andaian bermain difikiran para AJK BAHAGIAN berkenaan mesyuarat tergempar ini, di mana kita amat maklum bahawan sebilangan besar rakyat Parlimen Kimanis telah MENOLAK Anifah Aman dicalonkan semula pada PRU 13 akan datang. Kita juga amat maklum bahawa beliau juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Parlimen Kimanis yang mana sebelum ini semasa ucapannya pada malam Karnival Belia/Beliawanis UMNO Kimanis telah menyatakan hasrat RELA UNDUR DIRI dan berkata "sesiapa pun calon-calonnya kita akab bantu bagi memastikan BARISAN NASIONAL menang PRU13 akan datang.
Mesyuarat yang diadakan baru-baru ini diperkatakan seperti telah dirancang dan digelar mesyuarat kebudak-budakan walaupun bermesyuarat di sebuah hotel mewah. Manakala undian cadangan dan sokongan dilakukan melalui angkat tangan seperti peribahasa "Injit-injit semut siapa sokong angkat tangan".
Anifah Aman merupakan Ketua Bahagian UMNO Kimanis, menyatakan bahawa Perlembagaan Baru UMNO Kimanis adalah cadangan-cadangan calon hendaklah dari kalangan AJK Bahagian dan ini dimaklumkan oleh seorang AJK Bahagian yang hadir bermesyuarat pada malam tersebut dibandingkan pada mesyuarat yang lepas seperti ini yang mana membolehkan Mohd Ariffin Ariff dicadangkan sebagai calon walaupun beliau bukan dari kalangan AJK Bahagian UMNO. Mohd Ariffin Arif dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan kepada Anifah Aman yang mana merupakan menantu kepada Ketua Menteri, Musa Aman.
Semenjak Anifah Aman menerajui UMNO Bahagian Kimanis serta sebagai Ahli Parlimen Kimanis, beliau dikatakan sebagai "NAIK KEPALA" oleh sebilangan ahli politik di Parlimen Kimanis. Suka Berak(berjanji) tetapi orang lain yang cuci. Inilah sikap sebenar Ahli Parlimen tersebut. Apakah sebabnya kejadian sebegini menjadi persoalan dikalangan ahli politik Kimanis. Di manakah kesilapannya. Apakah puncanya sehingga wakil masyrakat majoriti di kawasan Parlimen Kimanis ini menjadi pihak penyokong kepada Orang Luar.
Semasa Persidangan Parlimen berkenaan Isu Israel, Beliau dikatakan seorang "PEMBOHONG" oleh salah seorang Ahli Parlimen pembangkang, Azmin ali atas ulasan beliau berkenaan kenyataan Anwar Ibrahim terhadap Israel.
Segelintir AJK Bahagian Juga berasa terkilan dengan sikap Karim Bujang yang sangat mementingkan diri sendiri serta di anggap sebagai seorang pemimipin dengan gelaran "PENGECUT" serta bersubahat dengan Ketua Bahagian dan Naib Bahagian agar Ahli Parlimen dikekalkan. Karim dikatakan oleh ahli UMNO juga rakyat Parlimen Kimanis sebagai "WAKIL RAKYAT YANG HIPOKRIT" dan hanya tahu kepentingan peribadinya agar dicalonkan semula sebagai Adun N.23 Bongawan. AJK Bahagian serta Ahli UMNO serta dan Parti Kompenen Barisan Nasional merasakan Mesyuarat KHAS itu sebagai tidak bersikap rasional dan keterbukaan kepada mana-mana ahli UMNO mahupun parti komponen apabila mereka mendapati keratan coretan berkenaan Mesyuarat  UMNO Bahagan Kota Belud yang mana senarai-senarai cadangan calon-calon adalah seperti berikut:


Antara senarai calon yang diputuskan dalam mesyuarat UMNO KB itu adalah seperti berikut:

N6 Tempasuk : Datuk Musbah Jamli,Sdr Barur Sawi (ketua Pemuda), sdr Roslan Hj Manshor dan  Sdr Marali Adim.

N8 Usukan : Datuk Japlin Akim, Datuk Salleh Tun Said,dan sdr Jap Omar.

P169 Kota Belud : Datuk Rahman Dahlan, Sdr Awadnir Matanggal,sdr Roslan, Sdr Tungking dan sdr Marali.
 
Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud dikatakan tidak memihak kepada mana-mana kepentingan peribadi malahan bersikap terbuka dan adanya sikap beri ruang dan peluang


 



CALON PARLIMEN 176 KIMANIS

ANIFAH AMAN

PENCADANG: IDRIS SELAMAT
PENYOKONG: HJ. SANI MAARIF



CALON ADUN N.23 BONGAWAN


KARIM BUJANG




DAUD YUSOF


PENCADANG: ARIFF GHANI
PENYOKONG: DAUD YUSOF

KEBANGKITAN SUARA RAKYAT KG.GADONG KIMANIS

"GUNUNG! BUKIT PUN RUNTUH" "KEBULURAN TAK MAKAN" 
itulah kata-kata ANIFAH AMAN selaku Ahli Parlimen Kimanis yang masih kedengaran di telinga Bekas Pengerusi JKKK Kimanis HJ. Idris Ag. Ali ketika dulu ketika beliau menyatakan hasrat penduduk kampung kepada Ahli Parlimen tersebut semasa beliau menjadi Pengerusi JKKK Kampung Gadong


.








Friday 30 March 2012

TINDAKAN BERANI AJK-AJK BAHAGIAN UMNO

DATUK SALLEH CALON PILIHAN DI USUKAN



UMNO KB mengambil langkah berani apabila 'merestui' ketua Bahagiannya ialtu Datuk Salleh dicalonkan di DUN USUKAN, walaupun ramai yang mengetahui Datuk Japlin Akim masih berstatus 'wakil rakyat' di kawasan berkenaan.Mungkin seperti kata pepatah melayu "Sirih pulang ke gagang' begitulah ibaratnya senario politik di Usukan itu. Kerana apa? kerana sebelum itu, dua penggal sebelumnya, wakil rakyat yang menunjukkan prestasi memberangsangkan ialah Datuk Salleh sebelum kerusi "usukan' itu di'serah-rela' kepada Datuk Japlin mantan ketua pemuda UMNO KB dan UMNO Sabah.

Dalam rekod politik, Datuk Salleh kalau dicalonkan di Usukan, tidak akan menghadapi masalah besar 'mengekalkan' penguasaan di Usukan , sekalipun pada hemat saya, berlakunya situasi 'satu lawan satu'. Setakat calon anak tempatan Kota Belud, rasanya tidak cukup menandingi 'keampuhan' pengaruh Datuk Salleh di usukan.

Persoalan yang sangat penting dalam bab ini bukan keutuhan pengaruh Datuk Salleh tetapi apakah bentuk "jasa' dan "janji' baru yang akan Datuk Salleh perjuangkan sekembalinya di Usukan. Sebelum ini, dalam rekod, Datuk Salleh adalah wakil rakyat yang paling lama 'bersemayam' di bumi Usukan, namun ramai yang bersetuju dengan kelapamawar, bahawa selama itu juga Bumi Usukan tidak pernah 'bermandi' dengan limpahan pembangunan. Masalah Jalanraya, masalah pendidikan, masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik masih membelenggu masyarakat bajau dan Iranun di kawasan ini. Sistem pengairan dan perparitan sbagi penanaman padi, masih berada pada zaman nenek moyang mengharapkan air hujan. Begitu juga dengan sektor perikanan, masyarakat bajau dan Iranun di kawasan Usukan masih berada pada tahap 'cukup-cukup makan' .Yang menghairankan kita ialah kawasan Usukan adalah antara pesisir pantai yang dibangunkan untuk industri Gas dan petroleum.

Bagi saya, soal menang pada PRU 13, boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, baik dari parti pemerintah ataupun parti pembangkang. tetapi yang lebih besar dari meraikan kemenangan itu ialah apakah bentuk 'timbal balas' pemimpin yang dimenangkan oleh rakyat itu kepada bentuk peningkatan keperluan asas penduduk? kalau saban waktu bercerita tentang kejayaan mengukuhkan kekayaan dan kehebatan mengumpul harta benda, sehingga melupakan apa yang seharusnya dilakukan untuk rakyat, baik pada PRU 13 ini rakyat Usukan memikirkan bagaimana keperluan asas mereka dipenuhi dengan mengatur kembali landskap politik di kawasan mereka.

Jangan bila PRU 13 berlalu baru ada penyesalan. Waktu itu rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan

CADANGAN-CADANGAN CALON MESYUARAT BAHAGIAN UMNO KOTA BELUD

DATUK SALLEH MAHU PEMIMPIN LUAR DICALONKAN,KEMAHUANNYA DITOLAK OLEH AJK UMNO KOTA BELUD




" Datuk Salleh tidak pernah bertaubat dari politik yang mencemaskan". Begitu antara luahan Ajk UMNO KB sejurus selepas mengadakan mesyuarat UMNO Bahagian itu pada minggu lepas . Dalam mesyuarat Bahagian ini, antara isu yang diperbincangkan ialah mengenai calon-calon pilihan yang bakal 'dicadangkan' oleh Bahagian UMNO KB yang diketuai oleh Datuk Salleh Tun Said sendiri.

Namun apa yang memeranjatkan sebahagian besar AJK UMNO Bahagian itu ialah apabila Datuk Salleh dikatakan cuba membawa 'pemimpin politik' luar untuk disenaraikan sebagai calon pilihan UMNO KB pada PRU 13 yang sedikit masa lagi akan melabuhkan tirainya, paling lama pun pada hujung tahun ini atau lebih awal dari itu.



Sedikit kekecohan hampir tercetus apabila AJK UMNO KB menolak 'kemahuan' Datuk Salleh itu. Tetapi  kemudiannya dipersetujui oleh beliau apabila, isu itu dibahaskan dan kesepakatan AJK UMNO mengenai perkara itu sangat kuat. AJK UMNO KB merasakan keperluan nama beberapa orang yang dikenalpasti terlebih awal dijadikan 'calon' pilihan UMNO KB pada PRU 13 akan datang.Walaupun kekecohan itu dapat diredakan, melalui semangat pemuafakatan dalam parti itu, namun masih ramai yang percaya, tindakan Datuk salleh itu seolah-olah mempunyai agenda sendiri demi kelangsungan politik peribadinya, tanpa memikirkan natijah sokongan rakyat pada PRU 13. Apakah Datuk Sallleh yakin sesungguhnya , bahawa pemilihan calon yang tidak sesuai akan memenangkan UMNO di KB?

Berikutan itu, insiden tersebut mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat di Kota Belud, terutama dari pemimpin kelas pertengahan suku Iranun. Jika sebelum ini masyarakat Iranun menunjukkan protes secara senyap pada PRU 12, maka sentimen calon ini melalui formula 2:1:1 kembali mengambil tempat. Datuk Salleh yang sebelum ini dalam mesyuarat UMNO KB tahun lepas menunjukkan penerimaan kepada Formula tersebut, namun  pada akhir-akhir menjelang PRU 13, formula itu mula dilupakan.Membawa pemimpin luar yang tidak punya 'auta' dalam UMNO KB termasuk baktinya kepada parti itu, hanya akan menjerumuskan UMNO dan BN di Kota Belud ke lembah kekalahan pada PRU 13 nanti. 

Antara senarai calon yang diputuskan dalam mesyuarat UMNO KB itu adalah seperti berikut:

N6 Tempasuk : Datuk Musbah Jamli,Sdr Barur Sawi (ketua Pemuda), sdr Roslan Hj Manshor dan  Sdr Marali Adim.

N8 Usukan : Datuk Japlin Akim, Datuk Salleh Tun Said,dan sdr Jap Omar.

P169 Kota Belud : Datuk Rahman Dahlan, Sdr Awadnir Matanggal,sdr Roslan, Sdr Tungking dan sdr Marali.

Monday 26 March 2012

BELIA: GALAKKAN PERTANIAN

Tuesday, August 4, 2009

GALAK GENERASI MUDA SERTAI SEKTOR PERTANIAN: SALLEH


BEAUFORT: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan agar langkah proaktif diambil bagi menggalakkan generasi muda berumur 40 tahun ke bawah dilibatkan secara aktif dalam sektor pertanian.

Beliau berkata langkah itu penting memandangkan peranan generasi muda dalam negara adalah amat penting dalam menjayakan pembangunan pertanian negara secara mampan dan berkesan.

"Dengan menggalakkan penglibatan secara langsung generasi muda dalam sektor ini, kita yakin ia mampu menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PPK Beaufort di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kehormat PPK Beaufort, Mohd Nazri Abdullah dan Pengerusi PPK Beaufort, Asmuni Jusrin.

Salleh sehubungan itu mengalu-alukan pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, baru-baru ini untuk melantik empat lagi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berumur 40 tahun ke bawah untuk memberi peluang kepada generasi muda melibatkan diri secara aktif dalam pertanian.

Bagaimanapun, kata Mohd Noh, mereka tidak akan dibayar elaun mesyuarat seperti yang diperoleh tujuh Ahli Lembaga Pengarah lain yang dilantik oleh PPK.

Salleh yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah yakin pelantikan tersebut dapat memberi pendedahan kepada generasi muda masa kini.

Beliau juga mengalu-alukan penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian di setiap kawasan Parlimen seluruh negara.

Beliau berkata pelantikan wakil PPK dalam majlis berkenaan sekaligus membolehkan PPK yang dianggotai penternak, peladang dan nelayan terbabit secara langsung dalam penyelarasan projek pertanian di setiap kawasan Parlimen.

"PPK merupakan organisasi yang mengetahui dan memahami keadaan setempat di setiap kawasan, justeru adalah penting ia dilibatkan dalam agenda pembangunan pertanian negara," katanya.

Salleh berkata dengan menganggotai majlis berkenaan, wakil PPK dapat berbincang dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai pertanian yang bertanggungjawab untuk kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, Salleh meminta rakyat negeri ini supaya melipatgandakan usaha mmajukan kawasan tanah terbiar dengan kegiatan pertanian atau perladangan.

"Jangan biarkan tanah terbiar. Usahakan dengan kegiatan menguntungkan, apatah lagi dalam keadaan suasana ekonomi global yang tidak menentu," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif bagi memajukan sektor pertanian.

Beliau berkata dengan mengusahakan kawasan tanah, ia sudah tentu dapat menampung keperluan sendiri, sekali gus membantu kerajaan mengurangkan pergantungan kepada import bahan makanan.

"Ketika ini, kita berhadapan dengan cabaran ekonomi global yang membawa kesan rantaian apabila harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat.

"Fenomena ini mengakibatkan krisis makanan global yang turut memberikan impak negatif kepada negara kita, justeru PPK perlulah memainkan peranan secara proaktif," katanya.

 

PENDIDIKAN DI SABAH

Thursday, June 23, 2011

BERI KUASA KEPADA JABATAN PELAJARAN SABAH: SALLEH






KOTA BELUD: Selaras usaha membangunkan pendidikan di Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri perlu diberikan kuasa dan autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.


Beliau berkata langkah itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat, tanpa perlu merujuk semua urusan ke Putrajaya, terutama bagi perkara-perkara kecil.


"Dengan cara itu, keputusan boleh dibuat dengan cepat, pelaksanaan dapat dimulakan tanpa melalui amalan birokrasi yang dikhuatiri menjejaskan matlamat kerajaan membangunkan bidang pendidikan kita," katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Perdana 2011 anjuran Yayasan Kota Belud dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, di sini pagi ini. Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah, Bakhrin Hj Yusop.


Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, maka usaha boleh dilaksana untuk memberi fokus dan perhatian kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.


"Adalah satu hakikat jelas bahawa kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak masih terkebelakang berbanding di Semenanjung, begitu juga dari segi pencapaian akademik, justeru langkah terbaik menanganinya ialah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, membuat keputusan bagi perkara yang tidak melibatkan soal dasar.


"Dengan diterajui orang Sabah, maka Jabatan Pelajaran Sabah tentunya lebih memahami keadaan dan keperluan di tempat sendiri. Mesyuarat-mesyuarat kecil di KL perlulah dikurangkan.


"Yang penting, Jabatan Pelajaran Negeri diberi kuasa-kuasa sewajarnya, kerana jika tidak, kita akan terus berhadapan masalah dalam melaksanakan projek pembangunan pendidikan di negeri ini," katanya


Salleh juga berkata pembangunan bidang pendidikan di negeri ini menuntut anjakan paradigma secara serius, dan ia memerlukan keazaman politik di peringkat pimpinan kerajaan.


"Banyak sudah dilapor mengenai keadaan bangunan sekolah usang dan uzur, prestasi akademik yang mundur dan sistem pelaksanaan projek pendidikan yang tidak teratur.


"Ini semua tidak boleh dibiar terus terlanjur, justeru kita berharap agar difikirkan secara serius pemberian kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk memberi fokus utama," katanya.


Menurutnya, negeri Sabah perlu diberikan kuasa sewajarnya dalam menjayakan agenda pendidikan negara demi mengangkatnya setanding dengan negeri lain di Semenanjung.

KENANG JASA PEMIMPIN

Wednesday, August 10, 2011

JASA PEMIMPIN PERLU DIKENANG GENERASI BARU

Samin menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Bandung sambil disaksikan oleh anak-anak beliau dan kakitangan Yadim sempena kunjungan itu

KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah telah mengunjungi Toh Puan Bandung Hasbullah sebagai mengenang jasa dan menghargai sumbangan beliau sebagai isteri dan pendamping kepada Allahyarham Tun Said Keruak, tokoh pemimpin negeri yang pernah menjawat pelbagai jawatan sehingga jawatan Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri.

Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki berkata melalui program Mengenang Jasamu Pemimpin, pihaknya berusaha untuk mengajak generasi muda mengenali dan mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh dan personaliti pemimpin yang banyak memberikan jasa kepada negeri.

Katanya, peranan yang dimainkan oleh Bandung sebagai isteri kepada Allahyarham Tun Said amatlah penting dan perlu dikenang generasi baru.

Menurutnya, Toh Puan adalah tokoh yang pertama dikunjungi oleh Yadim Sabah dalam program yang baru diperkenalkan itu dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan generasi baru supaya mengenang jasa yang dicurahkan oleh pemimpin dan tokoh tertentu dalam kemajuan negeri.

Bandung, 79, adalah juga ibu kepada Datuk Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri dan mantan Ketua Menteri Sabah. Salleh adalah anak ketiga daripada lima adik beradik selain Datin Saidatul Badru, Datin Sandra Lilah, Saidatul Badariah dan Jainuriah.

Toh Puan melahirkan rasa gembira kerana kunjungan Yadim Sabah itu dan menyifatkannya sebagai sangat bermakna.

Beliau sentiasa mendampingi suaminya sepanjang berkhidmat sebagai pemimpin kerajaan yang telah menumpahkan jasa kepada kemerdekaan dan pembangunan negeri ini.

Sementara itu, Saidatul, 61, mengenang ibunya sentiasa memberikan nasihat kepada anak-anaknya supaya sentiasa berbuat baik dan berbakti kepada masyarakat, merendah diri, sederhana dan menjaga akhlak.

"Ibu tidak pernah memaksa kami untuk mencapai sesuatu sebaliknya sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat agar kami berjaya," katanya.

Kunjungan muhibbah itu diakhiri dengan bacaan doa selamat sebelum majlis penyampaian cenderamata yang disampaikan Samin kepada Bandung.

SEJARAH KEMERDEKAAN

Monday, September 12, 2011

JANGAN PUTARBELIT SEJARAH KEMERDEKAAN: SALLEH


KUNAK: Sejarah kemerdekaan jangan diputarbelitkan dan dijadikan polemik hanya kerana kepentingan politik, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Beliau menegaskan bahawa sejarah tidak boleh diterjemahkan mengikut selera sendiri, sebaliknya ia mesti berasaskan kajian dan fakta.

"Sejarah kemerdekaan negara adalah lakaran peradaban dan tamadun bangsa, ia tidak boleh diubah atau ditafsir mengikut persepsi sendiri," katanya, merujuk kontroversi yang timbul berikutan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyifatkan Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara.

Salleh yang juga Presiden Usbo berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri makan malam sempena penyampaian hadiah Pertandingan Bolasepak Piala Usbo di Dewan Sri Kunak, di sini malam tadi.

Lebih 2,000 orang menghadiri majlis berkenaan. Hadir sama Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Setiausaha Agung Usbo, Salsidu Ibrahim.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang pada Ahad, yang mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis.

Perdana Menteri berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

Salleh berkata apa yang disentuh Perdana Menteri mengenai perjuangan kemerdekaan negara dan kekejaman komunis merupakan sejarah, dan ia tidak boleh diputarbelitkan atau ditafsir sendiri.

Katanya, mereka yang memejamkan mata mengenai sejarah adalah tidak patriotik dan amat mendukacitakan.

Beliau juga menegaskan komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

Sehubungan itu, Salleh berharap semua pihak memahami sejarah kemerdekaan dan tidak terpedaya dengan pelbagai dakyah yang cuba ditiupkan oleh pembangkang semata-mata mencari kepentingan politik (political mileage).

BARISAN NASIONAL "WINNABLE PARTY"

Tuesday, September 27, 2011

MEMASTIKAN BN KEKAL SEBAGAI "WINNABLE PARTY."

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd.Yassin bersalam dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas selepas mengadakan lawatan ke Sabah pada Sabtu lepas. Turut berada di Lapang Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

WISEL belum ditiup lagi. Tapi desas-desus mengenai pilihan raya makin banyak diperkatakan akhir-akhir ini. Di mana-mana tempat, orang bercakap pasal politik. Dari lobi hotel hingga ke kedai-kedai kopi. Antara persoalan sering kedengaran, bila pilihan raya? Siapa calon? Siapa kekal? Siapa gugur? Dan banyak lagi.

Saya juga selalu ditanya persoalan sama. Secara spontan, orang bercakap mengenainya. Bukan acara politik pun orang cerita pasal politik. Macam-macam teori dan andaian dibuat. Tidak kurang, ada yang pandai membuat ramalan dan ada pula yang berani membuat pertaruhan tekaan mereka. Masing-masing dengan teorinya.

Perlu diakui bahawa soal bila Dewan Rakyat dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan adalah hak mutlak Perdana Menteri. Justeru, apa jua ramalan mengenainya adalah ramalan semata-mata sifatnya. Tapi, Perdana Menteri telah banyak memberi peringatan mengenai pentingnya parti siap-siaga pada bila-bila masa. Walaupun beliau sekadar memberikan bayangan-bayangan, tapi setiap kata-katanya seringkali menarik perhatian untuk dianalisa.

Sesuatu yang ditegaskannya kepada parti-parti komponen Barisan Nasinal (BN) ialah soal calon. Baginya, calon mestilah `winnable candidate' dan menjadikan Barisan Nasional sebagai `winnable party.'

Saya pernah bercakap dan menulis mengenai hal ini. Yang saya tekankan dalam konteks Sabah adalah menjadikan BN terus menjadi `winnable party' justeru soal calon bukan perkara pokok sangat. Kerana yang membentuk kerajaan adalah parti, bukan individu. Sebab itulah parti harus lebih penting daripada calon.

Bagi menentukan BN sebagai `winnable party' maka pemilihan calon harus mengambil kira banyak aspek, antaranya soal personaliti dan keperibadian kerana pengundi kini lebih bijak membuat perhitungan. Bukan sekadar soal dasar dan falsafah yang diperjuangkan. Tapi lebih utama ialah penampilan dalam mendengar denyutan nadi di peringkat akar-umbi. Ini bermaksud calon berkenaan wajarlah disukai rakyat dan mampu memenangi hati rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Terbaru, kenyataan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di Tawau mengenai kemungkinan BN membariskan beberapa muka baru di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, sekali lagi mengundang banyak teori di kalangan para pemerhati serta penganalisis politik.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Menteri, tumpuan diberikan bagi mengetengahkan calon yang mampu memenuhi kriteria sebagai pemimpin yang disukai oleh rakyat.

"Yang penting mungkin ada muka baru akan ditampilkan. Tapi, perkara itu kita belum tentukan lagi. Kita akan berbincang dengan kepimpinan negara dan Barisan Nasional, iaitu Perdana Menteri," kata Ketua Menteri, sambil menyatakan bahawa setiap calon BN akan dipastikan dapat memenuhi kriteria untuk memastikan kemenangan berpihak kepada parti kerajaan tersebut seperti diterima oleh rakyat, mesra, rajin bekerja dan komited serta prihatin terhadap masyarakat.

Saya juga tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Selangor pada minggu lepas, apabila beliau menyatakan bahawa pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional perlu meneruskan sistem pemilihan calon 'payung terjun' di kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman untuk pilihan raya umum kerana ia masih sesuai dengan senario politik masa kini.

Menurut Tun Dr Mahathir, calon payung terjun yang terdiri daripada kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman mampu memikul tanggungjawab melaksanakan tugas dengan berkesan terutamanya membantu kerajaan melicinkan sistem pentadbiran.

Bagaimanapun, kata beliau, pemilihan calon 'payung terjun' tidak boleh diamalkan terlalu kerap kerana boleh memberi impak negatif kepada kerajaan.

Dalam rangka menghadapi PRU-13 ini, setiap peringkat pimpinan dalam keluarga Barisan Nasional mesti bijak mengurus parti, menyesuaikannya dengan iklim politik kini yang sudah berbeza daripada dahulu. Cabaran gelombang ICT membawa bersama cabaran baru, kerana rakyat kini ada dua pilihan, antara BN dengan pesaing kita.

Setiap pemimpin dan ahli parti harus bersifat proaktif mendepani cabaran mutakhir, mengutamakan parti. Parti mesti didahulukan, kerana yang membentuk kerajaan adalah parti, bukan individu.

PEMIMPIN DATANG DAN PERGI

Monday, January 23, 2012


SETIA KEPADA PARTI DAN BUKAN PEMIMPIN

PAGI Ahad lalu, saya telah menghadiri perjumpaan bersama pemimpin utama Kadazandusun Umno di kawasan Kadamaian, salah satu DUN dalam bahagian Kota Belud di mana saya menjadi Ketua Bahagian Umno.

Kawasan DUN Kadamaian merupakan kubu Barisan Nasional. Ia diwakili parti PBS, salah satu komponen Barisan Nasional. Majoriti penduduk dan pengundi di sini adalah Kadazandusun.

Saya pun terfikir-fikir apakah mesej yang harus saya sampaikan pagi itu. Lalu saya fikir, elok mengambil jalan tengah. Maka dalam amanat ringkas, saya tekankan tentang erti kesetiaan kepada parti dalam perjuangan politik.

Saya nyatakan kepada mereka bahawa kesetiaan kepada parti harus lebih utama daripada kesetiaan kepada pemimpin atau individu.Saya mengajak mereka menoleh sejarah lampau, kemudian melihat jauh ke hadapan.

Saya nyatakan bahawa ramai pemimpin telah datang dan pergi, tapi parti Barisan Nasional kekal berkuasa. Dan memberi khidmat kepada rakyat.

Kesetiaan kepada parti penting kerana yang membentuk kerajaan adalah parti dan bukannya individu.

Saya ingatkan kepada mereka bahawa kejayaan yang dicapai sehingga hari ini adalah hasil dari keberkesanan perlaksanaan pelbagai dasar parti yang telah dipilih menjadi parti yang memerintah sejak merdeka lagi.

Pemimpin datang dan pergi tapi parti harus terus memberi khidmat kepada masyarakat.Oleh yang demikian, saya nasihatkan mereka supaya sentiasa waspada dan berhati-hati. Dalam suasana politik hari ini, tentu ada yang cuba mengambil kesempatan. Atau menanguk di air keruh. Untuk tujuan tertentu. Ada agenda dan kepentingan peribadi.

Maka itu, saya tegaskan kepada mereka bahawa pemimpin yang sekadar mempopularkan diri dan membelakangkan parti harus diketepikan. Dengan cara itu, maka kita akan dapat menapis dan memilih hanya pemimpin yang benar-benar komited dan setia dalam perjuangan.

Jika ahli dan pemimpin komited serta meletakkan kepentingan parti mengatasi segalanya, sudah pasti Barisan Nasional akan terus kekal relevan dan berkuasa. Rakyat hari ini cukup bijak menilai.

Saya turut menyentuh sedikit mengenai kawasan Kadamaian. Saya nasihatkan pemimpin Kadazandusun Umno di Kadamaian supaya bekerja keras untuk menentukan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili BN akan mempertahankan kawasan ini dengan peningkatan majoriti dalamPRU-13 nanti, demi meneruskan agenda transformasi kerajaan.

PENDEKATAN KEPADA RAKYAT/KENALI RAKYAT

Thursday, February 9, 2012

ELAKKAN BERI JAWAPAN "KIV" KEPADA MASALAH RAKYAT - SALLEH


BELURAN, 9 Feb (Bernama) -- Pegawai kerajaan perlu mengelakkan memberikan jawapan "KIV" (Keep In View) bagi masalah yang dikemukakan oleh rakyat, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh Tun Said.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat harus diberikan jawapan jelas supaya mereka memahami pendekatan yang diambil kerajaan melalui jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya jangan jadikan jawapan KIV yang bermaksud "untuk perhatian dan pertimbangan" itu merujuk bahawa masalah itu tidak diambil perhatian atau diselesaikan selama-lamanya.

"Barisan Nasional (BN) mengamalkan pendekatan untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan sebaik mungkin dan ia juga perlu diamalkan pegawai kerajaan.

"Menyelesaikan masalah rakyat merupakan tanggungjawab semua melalui kerja berpasukan di antara pemimpin kerajaan dengan pegawai kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Dialog Telupid di sini hari ini.

Dialog anjuran Pejabat Parlimen Beluran itu mengumpulkan 37 pegawai kerajaan bagi menjawab masalah rakyat yang dikemukakan 26 ketua zon mewakili kampung di daerah Beluran.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata selari dengan pendekatan kerajaan melaksanakan turun padang di kalangan pemimpin, pegawai kerajaan juga digalakkan mengamalkan konsep itu.

Katanya konsep itu adalah pendekatan terbaik dalam mendengar masalah rakyat dan ia dibuktikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pendekatan tinjauan mesra untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dikemukakan rakyat kepadanya.

SABAH KONSEP TERBAIK 1MALAYSIA

Saturday, December 12, 2009

SABAH CONTOH TERBAIK KONSEP 1MALAYSIA


Oleh NEWMOND TIBIN

KOTA KINABALU: Sabah yang sinonim dengan panggilan "Negeri di Bawah Bayu, tidak saja kaya dengan keindahan semula jadi tetapi ia juga kaya dengan kepelbagaian suku kaum dan warisan budaya penduduknya.
Walaupun berlainan agama dan budaya, penduduk di negeri ini, yang kini hampir mencecah empat juta orang, sentiasa menunjukkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur.
Ikatan yang kuat ini memungkinkan rakyat membangunkan satu landasan yang kondusif untuk memantapkan perpaduan kaum.
Sebenarnya, Sabah mempunyai lebih 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih 30 daripada bahasa itu dimiliki kaum Bumiputera seperti Bajau, Murut, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun.
Namun kepelbagaian ini bukan menjadi penghalang untuk mereka menikmati kehidupan yang harmoni dan aman seperti yang wujud sekarang.
Tidak harianlah, Sabah dilihat sebagai contoh terbaik kepada konsep 1Malaysia. Gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini, antara lain, menekankan perpaduan nasional, mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan 5 Prinsip Rukun Negara.
Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang juga bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said mengupas isu ini dalam temu bual dengan Ketua Biro Bernama Sabah, Newmond Tibin. Berikut ialah petikan temu bual itu:-

BERNAMA: Secara umum, apakah pengertian konsep 1Malaysia pada pandangan Datuk?
SALLEH: Ramai orang sudah mengulas, menulis dan memperkata mengenai hal ini. Bermacam pendapat dan pandangan kita dapat. Bagi saya, konsep 1Malaysia membawa aspirasi dan gagasan besar pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, untuk menyatukan rakyat, menjalin perhubungan antara kaum yang lebih mantap dan memupuk perpaduan yang lebih kukuh.
Ini menjadi keutamaan kerajaan kerana soal perpaduan ini merupakan prasyarat bagi kemakmuran negara serta kesejahteraan hidup rakyat. Sebuah kerajaan yang teguh bermula daripada ikatan perpaduan rakyat yang kukuh. Jika semangat toleransi dan persefahaman dalam kalangan rakyat agak rapuh, maka kerajaan juga tidak stabil dan apabila kerajaan tidak stabil, maka pelaksanaan agenda pembangunan tidak dapat dilaksana secara berkesan.
Natijahnya, konsep 1Malaysia ini secara jelas mencerminkan komitmen kerajaan mendahulukan rakyat. Ia membawa kesaksamaan dan kesamarataan bagi segenap lapisan rakyat tanpa mengira warna kulit. Di dalam konsep 1Malaysia ini, diterapkan lapan nilai sebagai tunjang utama, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Tentunya menjadi harapan pimpinan kerajaan agar pemupukan terhadap nilai- nilai murni ini dapat membawa kejayaan besar kepada Malaysia dalam jangka masa panjang.

BERNAMA: Bolehkah konsep ini dijayakan dan bagaimana penerimaan rakyat terhadapnya?
SALLEH: Memang terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Ulasan-ulasan yang kita nampak tidak semuanya sama. Ada pro dan kontra. Malahan, ada yang bersikap skeptikal dan sinis. Pihak pembangkang mempersendakannya. Tetapi semua ini tidak melunturkan kefahaman umum terhadapnya. Sebaliknya, ia menjadi kekuatan yang menyemarakkan lagi azam rakyat untuk terus bersatu padu, memperkuat ikatan persefahaman.
Kejayaan konsep ini bukan sekadar terletak pada bahu pimpinan kerajaan, tetapi sebenarnya lebih berat di bahu rakyat sendiri. Hingga kini rakyat memahami dan sudah mula menterjemah prinsip-prinsip yang terkandung dalam gagasan ini. Melihat kepada reaksi umum itu, maka saya optimis konsep ini boleh berjaya mencapai matlamat pimpinan kerajaan.

BERNAMA: Apakah signifikan konsep 1Malaysia ini dalam konteks Sabah?
SALLEH: Bagi saya, konsep ini membawa makna besar kepada negeri Sabah yang terpisah oleh Laut China Selatan dari Semenanjung Malaysia. Pertama, ia tentu saja membolehkan negeri ini bergerak seiringan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung yang fasa pembangunannya lebih pantas daripada kita di sini. Kedua, ia membawa refleksi tentang erti perpaduan dalam kepelbagaian.
Perdana Menteri sendiri pernah menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak ialah contoh 1Malaysia. Justeru dalam konteks Sabah, walaupun negeri ini mempunyai lebih daripada 30 etnik dan sub-etnik, tetapi semangat kesatuan dan perpaduan rakyatnya tetap mantap. Ini fakta menarik jika dibuat perbandingan di Semenanjung yang mempunyai tiga etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain. Sebenarnya, prinsip-prinsip 1Malaysia itu sudah terpakai sejak sekian lama di Sabah, sama ada dalam sosioekonomi mahupun sosiopolitiknya.

BERNAMA: Apa yang Datuk maksudkan?
SALLEH: Ya, sejak mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, kita mempraktikkan penggunaan satu bahasa secara meluas, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa komunikasi dan bahasa perniagaan, biarpun dalam kepelbagaian adat dan kebudayaan masyarakat yang bersilang fahaman dan ideologi.
Orang di Sabah begitu fasih berbahasa Melayu sehinggakan mungkin sukar untuk membezakan sama ada mereka orang Bumiputera ataupun tidak, kerana semuanya begitu fasih bertutur dalam satu bahasa. Lambang ikatan 1Malaysia juga tergambar dalam kehidupan harian masyarakat negeri ini. Kita lihat di kedai-kedai kopi misalnya, banyak premis perniagaan dikongsi bersama oleh orang Islam dan bukan Islam.
Peniaga bukan Islam menjual minuman, manakala di sudut kedai yang sama disewa oleh orang Islam yang menjual makanan halal. Orang berlainan agama makan dalam premis yang sama tanpa rasa segan dan malu. Keadaan ini menjadi satu kebiasaan bagi kita di Sabah. Ia juga berkait dengan sejarah peradaban dan perkahwinan campur di antara rakyat berlainan fahaman. Secara peribadi, saya juga mempunyai ramai saudara-mara yang bukan beragama Islam dan tidak ada masalah langsung dalam mengharungi kehidupan.
Dalam majlis- majlis keramaian, misalnya kenduri dan perkahwinan, sudah menjadi amalan bagi masyarakat di Sabah menyediakan hidangan untuk tetamu yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

BERNAMA: Bagaimana rakyat negeri ini boleh menyumbang kepada pencapaian gagasan 1Malaysia?
SALLEH: Seperti rakyat negeri lain, kita juga komited untuk bersama-sama dalam arus pembangunan negara merangkumi semua bidang, termasuk ekonomi. Sebab itulah dalam pilihan raya umum lepas, rakyat Sabah memberi sokongan mutlak kepada Barisan Nasional (BN) sehinggakan kita hampir mencapai status "sifar pembangkang" baik di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen.
Kemenangan besar itu menjadikan Sabah diiktiraf sebagai "fixed deposit" dan banyak membantu kekuatan BN di peringkat pPusat. Dalam konteks 1Malaysia, tentu saja rakyat negeri ini sentiasa berdiri teguh menyokong dan terus mengukuhkan BN yang ditunjangi oleh Umno. Rakyat negeri ini sangat meyakini konsep 1Malaysia ini mampu mengangkat martabat masyarakat pelbagai kaum, ke suatu tahap yang membanggakan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri.
Kita akan berusaha menentukan rakyat dapat bersama-sama menikmati pembangunan, dan bukan menjadi penonton pembangunan atau penunggu bantuan saja, sebaliknya sama-sama berusaha merebut peluang dan potensi yang tersedia.

BERNAMA: Bagaimana matlamat ini boleh dicapai, sedangkan parti politik pembangkang menjadikan 1Malaysia sebagai senjata mendesak penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
SALLEH: Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 70-an untuk membanteras kemiskinan serta menyusun semula masyarakat. Ia telah berjaya membawa banyak perubahan dalam masyarakat kita, bukan saja dalam kalangan orang Melayu tetapi juga semua kaum. Desakan berhubung penghapusan DEB itu sebenarnya sengaja dilontarkan oleh pembangkang untuk mencipta polemik dan kontroversi bagi mencari keuntungan politik.
Bagi saya, tuntutan mereka yang kononnya berasaskan istilah adil dan saksama itu mencerminkan kecetekan pemikiran dan tidak melihat masa depan dalam perspektif menyeluruh. Dan mungkin juga mereka sengaja memejamkan mata untuk melihat intipati 1Malaysia itu dari sudut yang negatif. Jika dilihat secara mikro, konsep 1Malaysia ini jelas membawa mesej dan harapan pimpinan kita memakmurkan rakyat dengan mengutamakan pencapaian termasuklah di Sabah.

BERNAMA: Bagaimana Datuk melihat kebebasan media di Sabah dalam konteks pencapaian 1Malaysia?
SALLEH: Sejak dahulu lagi, peranan media dalam pembangunan negara tidak dapat dipisahkan. Ia banyak memainkan peranan dalam memupuk perpaduan, persefahaman dan integrasi dalam kalangan rakyat majmuk sebagaimana diperincikan dalam huraian konsep 1Malaysia, iaitu menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
Pengamal media di Sabah telah dapat berfikir melepasi kepentingan kaum dan kelompok. Selain bersikap objektif dan bertanggungjawab, mereka juga kritikal dan memberi ruang kepada pembangkang tanpa membelakangkan nilai-nilai dan etika kewartawanan. Saya katakan demikian kerana media di Sabah sering melaporkan tentang masalah dan rungutan serta keperitan hidup rakyat, dan inilah sebenarnya yang diharapkan menerusi konsep 1Malaysia, iaitu memperbaiki hubungan kaum dan membentuk sebuah masyarakat yang progresif.
Jelas bahawa media di Sabah turut sama-sama mendasari prinsip utama 1Malaysia, iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini. Daripada segi akses kepada maklumat pun, media di Sabah lebih terbuka berbanding akhbar nasional atau akhbar lain di negeri-negeri lain di Malaysia iaitu memberi ruang yang hampir sama kepada semua orang termasuk parti pembangkang mengutarakan atau menyampaikan mesej untuk tatapan umum.
Di Sabah, adakalanya akhbar tempatan menyiarkan atau menonjolkan isu yang dibangkitkan oleh pembangkang di muka hadapan dan pembaca melihatnya sebagai perkara biasa sahaja. Walaupun kebebasan akhbar lebih terserlah di Sabah, namun BN juga tetap menjadi pilihan rakyat seperti yang berlaku pada pilihan raya lepas kerana rakyat bijak menilai maklumat yang diterima.
Dalam konteks ini, saya fikir media Sabah juga boleh dijadikan contoh atau role model kepada media kebangsaan supaya mengamalkan dasar yang lebih terbuka, sekaligus menjayakan aspirasi konsep 1Malaysia. - BERNAMA

MASALAH PERLU DISELESAIKAN SECARA MUAFAKAT

Monday, March 26, 2012

DATUK NASIR PERLU KHUATIR, RAKYAT PASANG BENDERA PEMBANGKANG



Datuk Nasir Tun Sakaran, ADUN Senallang melahirkan kekecewaan apabila dalam setiap majlis yang dihadirinya dalam kawasan DUN SENALLANG terdapat rakyat yang membuat protes dengan menaikkan bendera Parti pembangkang terutama bendera PKR. Rasa tidak puas hati rakyat itu berikutan, sikap Datuk Nasir sendiri yang dikatakan sekali-sekala turun padang hanya apabila ada majlis yang diadakan.Kawasan Pengkalangan yang terletak berhampiran dengan kampung Pokas yang dilawati baru-baru ini oleh Nasir kerana merasmikan pembukaan balairaya baru berkata bahawa 'menaikkan bendara pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menunjukkan seolah-olah kerajaan dan parti yang memerintah.Semacam ada kekhuatiran Nasir di saat menjelang PRU 13 ini.

Sebelum ini dikhabarkan ketika mengadakan lawatan di Kg Tampi-Tampi, insiden menaikkan bendara pembangkang juga turut berlaku ketika Nasir berucap.Begitu juga ketika menemui rakyat di Masjid Nur Salam, Kg Menteritip,Pegagau, tahun lepas,Datuk Nasir  yang datang menemui masyarakat kampung adalah semata-mata 'memujuk' untuk menyertai skim pajakan SLDB .    Dari Blog  Sdr Arshad Hussin menukilkan berikut:

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyarankan rakyat negeri ini sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi kaum dan bermuafakat menyelesaikan masalah dalam kampong dengan semangat perpaduan sesama kaum demi keamanan,kemakmuran dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Katanya,sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk boleh membawa kerugian kepada diri sendiri dan masyarakat kampong. 

Nasir berkata, sikap sesetengah penduduk yang kekadang suka merajuk dengan menaikkan bendera pembangkang apabila mendepani masalah dalaman dalam pentadbiran kampong bukanlah tindakan yang bijak malah menggambarkan pemikiran yang cetek dan kurang matang. “ Apapun masalah dalam kampung hendaklah diselesaikan dengan cara bermuafakat dan bukannya sikit-sikit merajuk dan mengibarkan bendera pembangkang seolah-olah menyalahkan parti dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada rakyat,” kata Nasir.

 Beliau menegaskan,apa pun permasalahan dalam kampong hendaklah diselesaikan secara bermuafakat dan bukannya membawa perasaan menunjukkan keegoan yang akhirnya merugikan diri sendiri dan keluarga. Nasir menjelaskan,kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan menyandarkan harapan kepada segenapan lapisan masyarakat bersatupadu memberi sokongan mantap kepada pemimpin-pemimpin peringkat kampong bagi menjana transformasi pembangunan sesebuah kampong. Beliau berkata demikian sempena menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian balairaya Kampung Pakalangan dekat sini.


 Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang,Haji Tahir Amir; Ketua Kampung Pakalangan,Johari Lumtunani;Pengerusi JKKK,Muhammad Abd Ghafar;AJK Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Abd.Malik Tahir dan kakitangan UPKR Dun Senallang. Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,mengingatkan penduduk kampung sentiasa bermuhasabah diri dengan mengenang sejarah pahit manis kehidupan semasa berada dalam kerajaan pembangkang. Menurut beliau,walaupun situasi itu telah lama berlalu namun ianya hendaklah dijadikan sempadan supaya tidak berulang kerana kehidupan dalam kerajaan Barisan Nasional hari ini telah banyak membawa perubahan pembangunan serta kesejahteraan kepada rakyat negeri ini. 

Katanya,tuduhan sesetengah pihak yang menafikan pembangunan di daerah itu menunjukkan mereka tidak mensyukuri nikmat pembangunan dan tidak berterima kasih kepada pejuang bangsa serta pemimpin-pemimpin kerajaan BN yang tulus ikhlas membela nasib rakyat marhaen. “ Setiap warga hendaklah sentiasa mengingat sejarah untuk dijadikan sempadan dan pemangkin kea rah perjuangan serta menjana pembangunan berterusan,” kata Nasir. Nasir berkata,keadaan pembangunan daerah itu kini berbanding beberapa dekad lalu sudah lama berubah dengan pelbagai pembangunan yang disalurkan kerajaan termasuklah pengwujudan Pangkalan Tentera TLDM yang telah menjana keselamatan kepada sempadan perairan Negara yang telah memungkinkan golongan nelayan merasa selesa dan aman mencari nafkah di laut tanpa gangguan lanun. Selain itu kerajaan juga telah membangunkan pelbagai prasarana pendidikan,kesihatan dan perhubungan jalanraya yang telah memberikan manfaat kepada penduduk daerah itu. Sehubungan itu Dato Sri Nasir,mengingatkan semua ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK lebih menghargai sumbangan kerajaan yang telah menaikkan elaun mereka dengan memberikan perkhidmatan yang lebih tulus membantu masyarakat kampung

KEBANGKITAN SUARA RAKYAT BINSULUK

MASALAH UTAMA ADALAH BERKENAAN TANAH RESERVE KAMPUNG YANG KINI DIBANGUNKAN OLEH SEDCO TANPA PENGETAHUAN PENDUDUK BINSULUK

Thursday 22 March 2012

KAWASAN MENGIKUT DAERAH MENGUNDI PARLIMEN KIMANIS

"GERAKAN TRANFORMASI KEPIMPINAN" "KEBANGKITAN SUARA RAKYAT"



"GERAKAN TRANFORMASI KEPIMPINAN" "KEBANGKITAN SUARA RAKYAT"

1. KG. PIMPING - AG. KAMIS AHMAD
2. DEWAN LAMA PEKAN BONGAWAN - AG. MOHD RIZAM BIN AG. MAHMUD
3. KG. BAMBANGAN - ASNO AMAT MUDA
4. BORNEO GOLF - PESARA KERAJAAN & SWASTA (HJ. TALIP KIRAH)
5. KG. MADANG PIMPING - WAKIL PENDUDUK
6. KG. LAUT BONGAWAN - KAMARUL ARIFFIN DURAIM
7. KG. BINSULUK - EN. AK. TAMIN
8. KG. BIAU BONGAWAN - ASMAT AYUB
9. DAERAH MENGUNDI KUALA PUS - EN. RAYMOND
10. KG. BARU KELATUAN - EN. AMBROS
11. KG. MANDAHAN BONGAWAN - WAKIL PENDUDUK

AKAN DATANG:

1. KG. LUMAT - SAIMON
2. KG. MAWAO - WAKIL PENDUDUK
3. KG. BERUNEI KIMANIS - WAKIL PENDUDUK
4. KG. KABANG  WAKIL PENDUDUK

Sunday 18 March 2012

KU LIHAT, KU DATANG, KU TAKLUK

Julius Caeser pada 47 bc dalam komenya terhadap short war Pharnaces II of Phontus


Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri