Sunday, March 18, 2012
HAK-HAK SABAH TIADA YANG DIAMBIL,YANG SEBENARNYA KITA YANG BERI,KITA YANG SERAHKAN: DATUK SALLEH TUN SAID
Kenyataan Datuk Salleh Tun Said dalam majlis Konvensyen Media Sosial di UMS, dua hari lepas bahawa sebenarnya Hak-hak sabah yang cuba diperjuangkan oleh pihak tertentu dalam politik menjelang PRU 13 ini kononnya dirampas oleh Kuala Lumpur adalah tidak benar sama sekali. Mantan Ketua Menteri Sabah itu 'mengejutkan' para hadirin yangt hadir apabila mendakwa bahawa pemimpin Sabah terdahulu yang beri dan serahkan kepada Kuala Lumpur. Timbalan pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan itu turut mendakwa royalti minyak 5 peratus yang dikatakan diberikan kepada Sabah adalah sebenarnya atas persetujuan bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri pada waktu itu. Maka "Hak-Hak Sabah tiada yang diambil..yang sebenarnya KITA YANG BERI, KITA YANG SERAHKAN DAN TENTANG ROYALTI MINYAK..kita yang bersetuju lima persen atas persetujuan kedua belah pihak.." katanya semasa ucapan penggulungan konvensyen yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang itu sehingga mewujudkan lautan Biru kerana rata-rata peserta memakai pakaian biru.
Kenyataan Datuk Salleh ini dianggap 'membuka pekung di dada" BN dan UMNO di Sabah kerana memberi gambaran bahawa Kuala Lumpur yakni kerajaan Pusat tidak pernah berlaku adil kjepada rakyat Sabah, meskipun sudah beberapa kali desakan demi desakan oleh pemimpin Sabah mengenai perkara ini. Isu royalti minyak bukan sahaja diperjuangkan oleh Tun Mustapha berikutan layanan 'tidak' adil itu tetapi juga pernah disuarakan oleh PBS, namun tidak mendapat persetujuan. Perjanjian royalti minyak itu disyorkan dikaji semula kerana nyata Sabah adalah negeri pengeluar minyak, namun 95% hasilnya diserahkan kepada kerajaan Pusat.
Datuk Salleh juga dicabar supaya menamakan pemimpin-pemimpin Sabah yang dimaksudkanya telah menyerahkan hak-hak Sabah kepada kerajaan Pusat supaya satu bentuk jalan penyelesaian dapat dilakukan. Mungkin kenyataan ini ada benarnya kerana 'kerakusan' pemimpin terdahulu yang mahukan kuasa politik sehingga menggadai keistimewaan Sabah. Contoh paling ketara ialah penyerahan Pulau Labuan oleh Datuk Harris Salleh pada era pemerintahan parti BERJAYA telah membawa kepada kekalahan teruk parti itu ditangan PBS.
Setelah lebih 18 tahun UMNO berada di bumi Sabah, kerajaan Pusat bukan sahaja gagal mengembalikan hak-hak Sabah yang ternoda dek sikap sesetengah pemimpin Sabah yang rakus dan tamak kuasa tetapi juga Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia.
No comments:
Post a Comment