DATUK SALLEH CALON PILIHAN DI USUKAN
UMNO KB mengambil langkah berani apabila 'merestui' ketua Bahagiannya ialtu Datuk Salleh dicalonkan di DUN USUKAN, walaupun ramai yang mengetahui Datuk Japlin Akim masih berstatus 'wakil rakyat' di kawasan berkenaan.Mungkin seperti kata pepatah melayu "Sirih pulang ke gagang' begitulah ibaratnya senario politik di Usukan itu. Kerana apa? kerana sebelum itu, dua penggal sebelumnya, wakil rakyat yang menunjukkan prestasi memberangsangkan ialah Datuk Salleh sebelum kerusi "usukan' itu di'serah-rela' kepada Datuk Japlin mantan ketua pemuda UMNO KB dan UMNO Sabah.
Dalam rekod politik, Datuk Salleh kalau dicalonkan di Usukan, tidak akan menghadapi masalah besar 'mengekalkan' penguasaan di Usukan , sekalipun pada hemat saya, berlakunya situasi 'satu lawan satu'. Setakat calon anak tempatan Kota Belud, rasanya tidak cukup menandingi 'keampuhan' pengaruh Datuk Salleh di usukan.
Persoalan yang sangat penting dalam bab ini bukan keutuhan pengaruh Datuk Salleh tetapi apakah bentuk "jasa' dan "janji' baru yang akan Datuk Salleh perjuangkan sekembalinya di Usukan. Sebelum ini, dalam rekod, Datuk Salleh adalah wakil rakyat yang paling lama 'bersemayam' di bumi Usukan, namun ramai yang bersetuju dengan kelapamawar, bahawa selama itu juga Bumi Usukan tidak pernah 'bermandi' dengan limpahan pembangunan. Masalah Jalanraya, masalah pendidikan, masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik masih membelenggu masyarakat bajau dan Iranun di kawasan ini. Sistem pengairan dan perparitan sbagi penanaman padi, masih berada pada zaman nenek moyang mengharapkan air hujan. Begitu juga dengan sektor perikanan, masyarakat bajau dan Iranun di kawasan Usukan masih berada pada tahap 'cukup-cukup makan' .Yang menghairankan kita ialah kawasan Usukan adalah antara pesisir pantai yang dibangunkan untuk industri Gas dan petroleum.
Bagi saya, soal menang pada PRU 13, boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, baik dari parti pemerintah ataupun parti pembangkang. tetapi yang lebih besar dari meraikan kemenangan itu ialah apakah bentuk 'timbal balas' pemimpin yang dimenangkan oleh rakyat itu kepada bentuk peningkatan keperluan asas penduduk? kalau saban waktu bercerita tentang kejayaan mengukuhkan kekayaan dan kehebatan mengumpul harta benda, sehingga melupakan apa yang seharusnya dilakukan untuk rakyat, baik pada PRU 13 ini rakyat Usukan memikirkan bagaimana keperluan asas mereka dipenuhi dengan mengatur kembali landskap politik di kawasan mereka.
Jangan bila PRU 13 berlalu baru ada penyesalan. Waktu itu rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan
No comments:
Post a Comment