Saturday, March 17, 2012
TAN SRI HARRIS SALLEH DAPAT BANTUAN KERAJAAN
Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga mantan Presiden Parti BERJAYA dan Parti BERSEKUTU, Tan Sri Harris Salleh dikhabarkan telah memperolehi bantuan dari kerajaan Negeri di Bawah Datuk Musa Aman dalam satu projek pertanian iaitu projek penanaman Ubi Kayu. Bantuan kewangan bernilai RM 1 juta itu diakui sendiri oleh Tan Sri Harris Salleh ketika secara kebetulan terserempak dengan Datuk Halik Zaman di sebuah hotel di Tenom. Perkara itu disahkan oleh Datuk Halik Zaman dalam wall Fcbnya sebentar tadi.
Selain itu Tan Sri Harris Salleh yang baru sahaja memenangi kes saman terhadap presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee bernilai RM 1 juta ekoran kenyataan Datuk Yong yang mendakwa beliau terlibat secara langusng dalam skandal kemalangan pesawat nomad yang dinaiki oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stepehns yang lebih dikenali sebagai peristiwan "double six". Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan memerintahkan datuk Yong Teck Lee membayar sejumlah RM 1 Juta kepada Tan Sri Harris Salleh.
Dalam pertemuan dengan Datuk Halik Zaman itu, Tan Sri Harris Salleh juga mendakwa memperolehi bantuan kewangan daripada Menteri Asas Tani Datuk Noh Omar berkenaan projek tersebut dengan nilai RM 5 juta. Ini bermakna mantan ketua menteri Sabah itu memperolehi bantuan kewangan bernilai Rm 6 juta daripada kerajaan negeri dan Pusat.
Post dalam wall Datuk Halik Zaman itu mendapat pelbagai pandangan antaranya ada yang mendakwa apakah projek tersebut benar-benar wujud atau sebaliknya selain daripada kewajaran kerajaan memberikan bantuan kepada Tan Sri Harris Salleh yang sudah pun bergelar jutawan sedangkan rakyat sepatutnya di bantu tidak pula dilakukan oleh kerajaan. Apakah ini juga sebagai umpan kepada Tan sri Harris Salleh supaya tidak membuat 'kacau' dalam poilitik Sabah menjelang PRU 13 ini?
Kenyataan Datuk Halik Zaman itu adalah seperti berikut:
TENOM, Ahad-Tan Sri Harris Mohd. Salleh berada diTenom. Secara kebetulan berjumpa diHotel Perkasa Tenom semasa serapan pagi.
Tan Sri Harris menjemput saya minum bersama dimejanya dan kami pun berbicara mesra. Kira kira 30 orang rakan rakan Tan Sri Harris juga berada dicoffee house tersebut.
Kata Tan Sri Harris beliau telah mendapat restu dari YAB Musa Haji Aman serta mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri dan Pusat untuk menggalakkan orang kampung tanam ubi kayu.
Kata Harris, Musa Aman beri RM1 juta dan Menteri Asas Tani Noh Omar beri bantuan RM5 juta untuk mulakan projek ubi kayu.
Saya malas nak komen. Saya angguk sahaja agar Tan Sri gembira. Kira kira 1 jam saya pun minta diri nak balik Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment