Sunday 18 March 2012

KEBANGKITAN SUARA RAKYAT KG. MANDAHAN BONGAWAN


TIADA "ORANG MISTERI" BERGELAR "TUAN" DISEBALIK BANTAHAN INI.

Tarikh: 25 feb 2012 jam 4.00 pm.
GErakan Tranformasi Kepimpian (Kebangkitan Suara Rakyat) semakin kuat dari masa ke semasa dan semakin diterima oleh rakyat P.176 Kimanis. Inilah yang dikatakan kesedaran yang tinggi dari kalangan rakyat dalam kawasan ini. Pengundi-Pengundi kg. mandahan MENOLAK Anifah Aman dicalonkan semula dalam PRU13 d...engan alasan Kami Rakyat P.176 Kimanis Mahukan ANAK TEMPATAN sebagai Calon BARISAN NASIONAL untuk PARLIMEN P.176 Kimanis
dalam PRU13. mereka juga menyatakan janji YB datuk Seri Panglima pada tahun 2004 semasa kempen pilihanraya umum ke 11 di kawasan daerah mengundi mandahan di balairaya kg. lubang batu mandahan. beliau menyatakan setiap 3 bulan sekali akan masuk ke kawasan bagi menyelesaikan masalah kampung, masalah tanah malawaring yang mana melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg. Malawaring, Kg. Kuala Mandahan, Kg. Sinar Baru yang mana kawasan ini merupakan kawasan stade land milik Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.
Sejak Kerajaan Zaman USNO awal tahun 1963 adalah merupakan kawasan reserve railway dan apabila kerajaan bertukar menjadi State Land pada zaman erajaan BERJAYA pada tahun 1986 sehingga kini Negeri SABAH di bawah kerajaan BARISAN NASIONAL. Kawasan Tanah Malawaring ini melibatkan 6 orang ketua cawangan UMNO, 2 orang ketua kampung dan 2 orangPengerusi JKKK. Pengundi-Pengundi Kg. Mandahan menggesa agar permasalahan ini diselesaikan oleh pemimpin (wakil rakyat) terutamanya Ahli Parlimen Kimanis yang pernah berjanji akan menyelesaikan permasalahan tanah-tanah di dalam kawasan kepimpinan beliau.

No comments:

Post a Comment