Monday, April 2, 2012
TANAH RAKYAT DIRAMPAS, DIBERI KEPADA ORANG LAIN
Sejak Sabah
beralih pemerintahan dari parti tempatan kepada parti import , pemimpin
dan rakyat di negeri ini saban waktu dinafikan hak mereka terutama
bersangkut dengan Tanah adat dan warisan turun -temurun. Masalah rakyat
tidak pernah cuba diselesaikan, sebaliknya tanah sedia ada yang belum
dimiliki diserahkan kepada orang lain. Inilah polisi pemerintah di
Sabah. Satu demi satru kes rampasan tanah adat dibongkar media massa dan
orang peseorangan sehingga rakyat bangkit dalam demontrasi aman di ibu
negeri beberapa minggu lepas. Itupun ada arahan supaya media massa tidak
melaporkan insiden berkenaan semata-mata untuk menyembunyikan dari
pengetahuan awam.
Di keningau, seluas 500 ekar akan diserahkan kepada Skill-Tech . Lihat laporan Sabah Times ini:
KOTA KNABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata kerajaan
negeri akan memberi- kan tanah seluas 500 ekar (lebih 200 hektar) di
Keningau untuk kegunaan bagi pelbagai program yang akan diusahakan oleh
Skill-Tech cawangan Sabah.
Musa yang mengumum- kan perkara itu berkata, pemberian tanah itu bagi
membolehkan Skill-Tech cawangan Sabah menggunapakai untuk projek pilot
dan program lain yang akan diusahakannya.
“Kita sudah mengenal pasti tanah berkenaan, namun lokasi- nya belum
ditetapkan lagi, bagaimanapun ianya terletak di daerah Keningau
memandangkan Skill-Tech Cawangan Sabah di dearah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas
melancarkan Program Sabah Young Agro Busniessman (Sabah YAB) di sini,
kelmarin.
Sabah YAB merupakan program pembangunan usahawan pertanian generasi baru
di kalangan graduan Institut Skill-Tech untuk mengembangkan pertanian
menjadi satu perniagaan yang lebih bersifat komersial, berdaya saing,
berdaya tahan dan berdaya maju.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan bahawa beliau juga
akan berbincang dengan kementerian itu untuk memberikan peruntukan khas
bagi program Sabah YAB itu.
Dalam pada itu, Ketua Menteri juga berkata, kerajaan negeri juga
bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Kementerian
Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang akan diketuai
oleh Pembantu Menteri kementerian itu, Datuk Jainab Ahmad bagi membantu
Program Sabah YAB itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa menggesa para usahawan khususnya para
graduan agar merebut peluang dalam sektor pertanian dengan menggunakan
pendekatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing supaya mampu
bersaing dengan para usahawan pertanian yang telah berjaya.
“Sektor pertanian sebenarnya merupakan aktiviti perniagaan yang
berpotensi tinggi untuk diperluaskan di peringkat global,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kita perlulah mengubah mentaliti dengan
kesediaan menerima teknologi-teknologi moden untuk diaplikasikan dalam
bidang pertanian.
“Kita amat bertuah kerana kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan, bantuan dan pinjaman termasuk dalam bidang ini,” katanya.
Musa berkata, keberkesanan program Sabah YAB itu juga amat penting bagi
memastikan proses pembangunan negara dapat ditingkatkan melalui
penglibatan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam usaha untuk mencapai
status Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“Bagi mencapai matlamat terbaru, para usahawan dan sektor swasta
memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju strategik yang
berkaitan dengan Dasar Agro Makanan,” katanya.
Justeru itu, beliau meng- gesa agar ia digerakkan berlandaskan strategi
pembangunan industri agro makanan ke arah sumbangan signifikan kepada
pertumbuhan ekonomi negeri.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan peruntukan
awal pinjaman RM1 juta daripada Agro Bank (M) Berhad kepada Sabah YAB
yang disampaikan oleh Pengerusi Agro Bank (M) Berhad, Tan Sri Faizah
Mohd Tahir yang diterima oleh Pengerusi Institut Skill Tech, Nordin
Abdul Malek.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin
dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek- nologi
Maklumat, Datuk Jainab Ahmad.
“Terdahulu itu, Pengerusi Eksekutif Insitut Skill-Tech, Nordin Abdul
Malek berkata, sejak tahun 2008 seramai 800 pelatih dari kalangan
anak-anak Sabah telah menamatkan latihan mereka di Skill-Tech di
Keningau dan di Melaka dan 400 pelatih lagi dijangka akan menamatkan
latihan mereka pada Sept depan.
Daripada jumlah itu, kata- nya, 50 peratus bekas pelatih itu telah
mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang ber- kaitan dan 25 peratus lagi
telah mengusahakan perniagaan sendiri.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan replika cek
peruntukan awal pinjaman RM1 juta untuk Sabah YAB yang disampaikan oleh
Pengerusi Agro Bank (M) Berhad, Tan Sri Faizah Mohd Tahir kepada
Pengerusi Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin
dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek- nologi
Maklumat, Datuk Jainab Ahmad.
-New Sabah Times -
No comments:
Post a Comment