Sunday 6 May 2012

KES PEMIMPIN UMNO KE MANA?

MENGAPA HANYA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL SEKS?

Saya masih ingat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan skandal seks dan perlakuan luar tabii pada tahun 1998, umat Melayu dan rakyat Malaysia terbahagi  kepada tiga golongan besar.Pertama yang mempercayainya,  kedua tidak mempercayai dan ketiga enggan mahu mencampuri pertikaian politik. Anwar Ibrahim bersama pengikutnya berarak di Jalanraya melaungkan "reformasi' dan "konspirasi". Waktu itu kedua-dua istilah ini sangat-sangat popular.
Senario ini tidak berakhir, apabila Anwar dibebaskan dari rengkukan Penjara Sungai Buluh pada zaman Pak Lah dan kemudian bergiat aktif semula dalam politik,isu ini kembali diulangtayang. Anwar dikaitkan semula dengan kes liwat bersama pembantunya Saifulo Bukhari Azlan. Selepas itu pendedahan video seks oleh Datuk 'T' yang dikatakan melibatkan Anwar. Moral Anwar bukan sahaja dicalar, bahkan seakan mahu dimatikan dalam persada politik negara. Yang peliknya semakin dikaitkan dengan pelbagai skandal seks, Anwar semakin    mendapat perhatian di kalangan rakyat jelata.
Pimpinan PKR diserang dengan pelbagai pendedahan seks . Terbaru Azmin Ali yang dikaitkan dengan perlakuan "aiskrim' atau seks oral.Gambaran yang diberikan seolah-olah pimpinan pembangkang mempunyai masalah moral yang teruk? Mat Sabu dengan skandal khalwat, Badrul Amin juga sama. Exco Selangor "elly" juga dimalukan dengan gambar separuh bogelnya.
Persoalnya mengapa pimpinan pembangkang sahaja yang mendapat liputan media massa perdana? Apakah pimpinan UMNO dan BN semunya 'maksum' dan tidak pernah terlibat dalam skandal seks? masalahnya ialah kerana media massa masih tidak bebas menyampaikan liputannya secara adil.

No comments:

Post a Comment