Sunday 27 May 2012

JANJI KEPADA BELIA

Kerajaan Janji Negara Yang Lebih Baik Untuk Diwarisi Golongan Belia – Najib

 

PUTRAJAYA, 26 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berjanji akan menyajikan dan menyerahkan kepada belia sebuah negara yang lebih baik daripada hari ini untuk diwarisi oleh golongan itu.
Justeru itu, Perdana menteri berkata apa yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan agenda transformasi nasional adalah demi menyediakan sebuah negara yang hebat dari segala hebat.
“Saya dah anggota Kabinet berhimpun atas pentas ini…tidak ada apa yang lain melainkan di atas bahu kami…kami melihat muka belia hari ini pewaris negara kita, apa yang nak kita lakukan dengan ETP,dengan agenda transformasi nasional, tidak lain dan tidak bukan kami nak menyerah sebuah negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini,
“Sebuah negara yang lebih berjaya dan hebat,sebuah negara yang berjaya dari segala sudut, kita akan jadi Malaysia negara maju dan juga sebagai Negara 1Malaysia…InsyaAllah,” katanya semasa berucap sempena sambutan Hari Belia Negara di sini,hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan menteri Kabinet.
Dalam ucapan pelancaran Hari Belia itu, Najib berkata semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu bagi melonjakkan negara sebagai negara yang hebat dan berjaya.
“InsyaAllah kita akan menunaikan dengan bersungguh-sungguh, kita akan bersemangat bekerja siang dan malam, kita akan sajikan negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini untuk dimiliki dan diwarisi saudara saudari,” katanya.
Beliau turut mengajak para belia untuk merenung sejenak apakah kejayaan yang dimiliki negara sehingga kini dan pembangunan yang dinikmati di Putrajaya sehingga mampu menjadi sebuah lokasi menghimpunkan jutaan belia.
“Ia adalah kerana lebih kurang 55 tahun lalu, orang-orang muda yang sebaya  dengan saudara-saudari pada ketika itu menjadi pengundi telah mengambil keputusan dan membuat pilihan tepat lagi bijak.
“Mereka memilih sebuah kerajaan dan kerajaan yang telah dipilih itu Berjaya memimpin negara kita, melakukan perubahan demi perubahan, selama tempoh menjangkau 55 tahun,” katanya.
Perdana Menteri berkata bukan dalam sekali pilihan raya tetapi 12 kali, generasi belia dan mereka yang lebih dewasa telah memberi kepercayaan kepada kerajaan yang sama dan kerajaan sama itulah yang membuktikan kemampuan untuk membawa perubahan demi perubahan.
Disebabkan itu, pada hari ini, katanya kerajaan yakin dengan tema ‘Jadikan Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini’, kerana sudah 55 tahun janji ditepati dan selama tempoh itu juga pelbagai perubahan hebat berlaku.
“Para belia yang berhimpun hari ini akan menjadikan pihak yang ada di luar boleh berasa yakin bahawa di bawah pimpinan kerajaan yang ada hari ini, esok akan lebih baik daripada hari ini,” katanya.
Antara intan dan kaca, Najib berharap belia mengetahui siapa yang boleh menjamin sebuah negara yang maju dan berjaya.
“Suara belia adalah suara keramat justeru belia perlu bangun serta tunjukkan bahawa saudara-saudari semua adalah golongan bijak memilih,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment