Sunday 27 May 2012

KENAPA BR1M BARU DILAKSANAKAN

Kerajaan Dapat Laksanakan BR1M Hasil Kekuatan Ekonomi Dalaman Negara


KUALA LUMPUR, 20 Jan – Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan dapat mengagih bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak awal tahun ini, hasil kekuatan ekonomi dalaman negara.
Jelas beliau BR1M juga merupakan hasil daripada keberkesanan kerajaan menguruskan pentadbiran negara.
“Kadar pertumbuhan negara tahun lepas melebihi lima peratus, manakala kadar pertumbuhan pelaburan swasta dari dalam dan luar negara dijangka melebihi sasaran, mencecah RM93 bilion.
“Hasil kedudukan kewangan negara yang kukuh ini, kita mampu beri (BR1M) kepada rakyat. Kewangan kita yang kukuh ini juga hasil pentadbiran kerajaan yang mantap,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian BR1M di kawasan padang bola sepak Flat Sri Johor di Bandar Tun Razak di sini dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk Seri Dr M. Kayveas.
Lebih 500 penduduk menerima baucar BR1M bernilai RM500 pada majlis itu.
Najib seterusnya berkata projek-projek pembangunan jangka panjang yang dilaksanakan, seperti MY Rapid Transit dan River of Life, penting dalam member pulangan untuk memacu ekonomi negara.
“Projek-projek ini penting, kita tidak boleh beri kepada rakyat tanpa ada pendapatan yang kian bertambah. Bila ekonomi kita bertambah, pendapatan kerajaan juga bertambah.
“Bila pendapatan kerajaan bertambah, kita tidak perlu tambah cukai malah kita boleh beri kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Najib berkata penduduk di Bandar Tun Razak perlu member mandat kembali kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 akan dating bagi memastikan pembangunan berterusan di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment