Sunday 6 May 2012

PENTINGNYA SABAH KEPADA BARISAN NASIONAL. BUKAN BARISAN NASIONAL PENTING KEPADA SABAH


Betapa pentingnya Sabah pada BN


Minggu lepas PM melawat Sabah, hari ini dan esok TPM pula. Dua pemimpin negara menganggap betapa pentingnya Sabah pada BN, terutama berhadapan dengan PRU-13.

Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen, dan sejak PRU-2004, PRU-2008, hanya satu kawasan Parlimen terlepas kepada Pembangkang.

Pada PRU-13, walaupun DAP yakin akan menawan tiga kawasan Parlimen- Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, namun, kerana komitmen PM dan TPM kepada negeri, maka berpeluh juga DAP menang di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, komitmen yang tinggi daripada Pengerusi BN negeri-merangkap Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, akan menyukarkan pihak DAP untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan.

Pada PRU-12, Kawasan Sandakan dimenangi oleh Presiden LDP, merampasnya daripada calon bebas, Kawasan Tawau dimenangi BN melalui SAPP, namun SAPP keluar BN pada September,2008. Sementara kawasan Kota Kinabalu, dimenangi DAP.

Daripada Tiga kawasan Parlimen itu, hanya Parlimen Tawau, jumlah pengundi BN melebihi jumlah undi pembangkang, manakala bagi Sandakan dan Kota Kinabalu, jumlah undi Pembangkang melebihi undi BN (kalau satu lawan satu).

Di atas kertas, Sandakan dan Kota Kinabalu adalah kawasan Pembangkang, namun, jika BN dapat meletakkan calon yang sesuai dan diikuti strategi kempen yang cukup, tidak mustahil, kawasan tersebut boleh dimenangi. Sementara itu, Tawau, boleh dikatakan adalah kawasan 50:50 jika BN berdepan satu lawan satu, akan tetapi jika berlaku tiga penjuru atau lebih, pasti kawasan itu milik BN; demikian juga kawasan Sandakan.

Nampaknya, pada PRU-13, akan berlaku berbagai penjuru di beberapa kawasan; jika ini berlaku, maka postif kepada BN.

Pada PRU-13, Sabah akan menyumbang kepada BN pusat, sekurang-kurangnya 22 kerusi Parlimen. Bagi kedudukan DUN pula, BN-Sabah dengan mudah menang di 48 kerusi DUN.

Kawasan-kawasan DUN Sabah yang masih kelabu adalah-Luyang, Inanam, Kapayan, Tanjung Aru, Api-api dan Sri Tanjong, manakala DUN dalam kedudukan 50:50; Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Tanjong Kapor, Moyong,Merotai dan Tamparuli. Namun, jika BN dapat mengemukan calon-calon yang winnable, tidak mustahil lapan dari 12 kerusi tersebut akan dimenangi BN.

Walaupun, Sabah misalnya kehilangan 12 kerusi, namun Kerajaan negeri tetap mempunyai kuasa 2/3, kerana kuasa 2/3 hanya memerluan 40 kerusi.

Semalam Gerak Kerja BN Sabah telah dilancarkan. Melihat kepada semangat para jentera parti, nampaknya mereka telah berada pada gear lima. Dengan semangat yang tinggi, sesuai dengan Tag Line BN- JANJI DITEPATI, TIDAK MUSTAHIL, BN AKAN MENANG DI SEMUA KAWASAN BAIK PARLIMEN MAHUPUN DUN.

No comments:

Post a Comment