Tuesday 8 May 2012

PAHANG PANAS


Panas: Umumkan Kerjasama Dengan China, Najib Sengaja Memalukan MB Pahang Serta Mahu Rayu Undi Kaum Tersebut Pada PRU13 Ini Sebenarnya!

KUANTAN, 9 Mei - Ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto), bahawa kerajaan bakal memperincikan kaedah dan usaha mewujudkan lokasi tapak perindustrian khas, iaitu Malaysia China-Kuantan Industrial Park (MCKIP), di Gebeng seluas 640 hektar di sini dalam masa terdekat, berikutan jalinan bersama Wilayah Naning, di China. Usaha itu sebagai lanjutan kepada persetujuan membabitkan kerajaan Malaysia dan Republik China, membangunkan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) selepas majlis pecah tanah disempurnakan pada 1 April lalu oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatnya, Wen Jiabao. “Lokasi ini sebagai sister industrial park dan kedudu­kan Pelabuhan Kuantan juga menjadi titik penting dan dekat dengan wilayah tersebut. “Setakat ini kita sudah bertemu dengan bakal pelabur yang juga sebuah syarikat besar dan mereka menunjukkan minat membangunkannya,” katanya di Kuantan. Najib berkata demikian semasa aktiviti Bersantai di Taman Gelora, semalam sempena program tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) 2012 baru-baru ini. Persoalannya sekarang, kenapa ia di Gebeng dan apa motif Najib umumkan perkara demikian sebenarnya. Apa yang jelas, terdapat dua motif Najib berwar-warkan perkara itu sekarang. Pertamanya, beliau mahu membutkikan kepada orang Cina kononnya kerajaan tiada masalah dengan "kaum terbabit" selepas melihat mereka bangkit membantah isu Lynas secara besar-besaran sekarang. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa kerajaan tidak menganaktirikan pelaburan dari negara terbabit seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak selepas kontroversi Lynas. Bagi Najib, mungkin dengan cara ini sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum nanti akan kembali pulih dengan pengumuman yang telah beliau buat itu.

Najib Mahu Malukan Adnan Yaakob Sebenarnya

Keduanya, Najib sengaja mahu memalukan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) yang mengaitkan kononnya orang Cina yang menentang projek Lynas di Gebeng itu kemungkinan besar mendapat kerjasama dengan Asia Pasifik China Chamber Of Commerce. Adnan berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan seorang rakyat Australia di pejabatnya beberapa bulan yang lalu. Dalam wawancara iu, Adnan tanpa usul periksa dengan berani membuat kenyataan seperti berikut "Saya telah buat sikit kajian dan saya perhatikan dalam dunia sekarang ini bahawa tanah jarang (rare earth) buat masa ini dikeluarkan dengan banyaknya oleh negara China. Negera Cina mengawal hampir 97% pasaran tanah jarang ... dan Amerika Syarikat punyai rizab yang besar iaitu 13 juta matrik tan . Buat masa ini pengeluar terbesar ialah negara China .. dan kita harus ingat, China mempunyai rangkaian perniagaan yang sangat teratur yang mempunyai struktur yang baik melalui Asia Pasifik China Chamber Of Commerce... Itu sebab kita dapat lihat di Malaysia, terutama di Kuantan mereka yang menentang terdiri daripada ramai pemimpin-pemimpin dan persatuan-persatuan orang Cina, dan kita tak boleh tolak kemungkinan bahawa ada kerjasama yang mungkin tidak diuruskan secara rasmi, tetapi kerjasama dengan dasar tahu sama tahu..... dan kita dapat lihat rata-rata di Kuantan ini yang menentang ialah orang-orang Cina. Kita rasa yakin ada kaitan ...." Sila rujuk video dibawah sebagai bukti kukuh berkenaan dakwaan yang dibuat MB itu.

No comments:

Post a Comment