Sunday 6 May 2012

MELAYU KE UMNO?

SUPP TINGKATKAN KERJASAMA DENGAN MCA UNTUK HADAPI PEMBANGKANG PADA PRU13

SUPP tingkatkan hubungan dengan MCA untuk hadapi PRU
KUALA LUMPUR 2012/05/06: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meluaskan kerjasama dengan MCA untuk meningkatkan peluang mereka mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Peter Chin.
Beliau berkata, kepimpinan pelbagai peringkat kedua-dua parti itu juga akan meningkatkan komunikasi dan perkongsian maklumat sesama mereka dalam menghadapi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS pada pilihan raya itu.
"MCA mempunyai pengalaman dan kekuatan tersendiri. Kami akan lihat bagaimana kami boleh saling membantu, terutama pada pilihan raya akan datang. Sebelum ini, kerjasama yang dijalin begitu minimal, tapi sekarang, ia akan ditingkatkan," katanya kepada Bernama.
Chin berkata demikian bagi mengulas perjumpaan antara barisan kepimpinan tertinggi SUPP yang beliau ketuai dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kuching pada Khamis.
Bagi memenuhi undangan SUPP, Dr Chua berkunjung ke Sarawak di mana berlangsungnya perbincangan antara kepimpinan kedua-dua parti tentang langkah untuk mengukuhkan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional (BN).
SUPP dan MCA juga menganjurkan forum bertajuk 'Masyarakat Cina Di Persimpangan Politik' pada Khamis malam, yang dihadiri pemimpin masyarakat Cina tempatan, dengan Dr Chua antara penceramah utamanya.
Chin berkata, langkah diambil atas inisiatif beliau kerana menyedari banyak perkara yang tidak dititikberatkan, termasuk di peringkat kebangsaan, sedangkan pemimpin tertinggi daripada kedua-dua parti itu kenal rapat antara satu sama lain.
"Walaupun di peringkat tertinggi, kami kenal satu sama lain, namun tidak banyak kerjasama yang dijalin antara kedua-dua parti. Sebab itulah, saya rasa, usaha perlu dibuat untuk menambah baik keadaan sedia ada," katanya.
MCA bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Cina dan kawasan bandar di Semenanjung Malaysia, manakala SUPP, sebuah parti pelbagai kaum dari Sarawak, memberi tumpuan terhadap kerusi di kawasan bandar dan kawasan bumiputera di negeri itu.

No comments:

Post a Comment