Wednesday 9 May 2012

KERAJAAN NEGERI TERTIPU KE ATAU RAKYAT YANG TERTIPU?

FELDA TIPU RAKYAT & KERAJAAN NEGERI SABAH ?

FELDA TIPU RAKYAT & KERAJAAN NEGERI SABAH
Pada akhir tahun 1979, Ketua Menteri Datuk Harris Salleh memberikan tanah seluas 225 ribu ekar (lebih luas daripada Negeri Perlis) di daerah Tungku kepada Felda untuk pembangunan skim peneroka yang boleh menempatkan 17 ribu penduduk anak negeri sabah.
Sekiranya setiap peneroka diberikan tanah seluas 15 ekar, berdasarkan jumlah tanah tersebut, Felda sepatutnya telah mempunyai 15,000 peneroka di kawasan Felda Sahabat, Tungku.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1990 selepas hanya mengambil seramai 1638 org peneroka, pengambilan ditutup dan Felda dijadikan Felda Holdings Sdn Bhd. Jumlah ini hanyalah lebih kurang 10% daripada jumlah peneroka yang sepatutnya diambil oleh Felda.
Apa yang lebih menyedihkan, Felda juga telah menceroboh dan mengambil tanah adat kampung di sekitar Tambisan, Tagupi, Tg Labian, Bangingod sehingga ke Dengan.
Hari ini, Felda berlagak seolah sebuah kerajaan bandar sendiri yg bebas daripada kawalan pentadbiran daerah Tungku dan negeri Sabah. Hanya membayar royalti hasil tanah berdasarkan nilai tanah pertanian, tidak membayar cukai tanah industri dan bandar, tidak membayar cukai lesen kedai dan bangunan kepada Majlis Daerah Lahad Datu atau Tungku.

No comments:

Post a Comment