Sunday 6 May 2012

PERHIMPUNAN AMAN DI KUANTAN TIADA MASALAH


Friday, May 4, 2012

Himpunan Aman: Kenapa Polis Di Kuantan Lebih Bijak Serta Profesional Dari Polis Kuala Lumpur !!

KUANTAN, 4 Mei - Tindakan pihak polis di Kuantan lebih bijak dan profesional daripada polis Kuala Lumpur, terutamanya dalam menangansi isu perhimpunan aman atau demontrasi rakyat di negara ini. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan, Cikgu Sulaiman Md Derus (foto), ketika ditemui di rumah seorang mangsa belasahan pihak polis di himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. "BN memperalatkan polis untuk memukul rakyat. Air mata rakyat yang berderai dengan gas pemedih mata akan bersatu dan bangkit menguburkan UMNO BN yang zalim pada Pilihanraya Umum akan datang", kata beliau. Kenyataan pemimpin PAS ini ada kebenarannya. Umum mengetahui bahawa Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang MPK 4 (Kemunting) pada Februari lalu telah berjalan lancar tanpa ada sebarang tindakan provokasi atau keganasan oleh para peserta. Malah, pihak polis juga telah bersama-sama menjaga kelancaran program sehinggalah ia berakhir. "Saya tabik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak polis Kuantan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah ACP Mohd Jasmani Yusoff dan anak-anak buahnya. Mereka lebih bertimbangrasa dan memahami kehendak rakyat. Jika mereka mahu halang rakyat, sudah pasti mereka boleh lakukannya. Namun, sikap yang ditunjukkan oleh mereka (polis Kuantan) lebih berhemah dan amat disenangi oleh rakyat yang hadir pada perhimpunan tersebut. Kenapa perlu ada tindakan yang berbeza-beza (double Standard) oleh polis yang sama di negara ini", katanya.


Bukti, Himpunan Hijau 2.0 telah berjalan lancar tanpa sebarang provokasi
malah mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pihak polis Kuantan

[Persoalannya sekarang, kenapa perlu ada keganasan semasa himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka baru-baru ini. Kenapa polis boleh bertindak begitu ganas terhadap para peserta sedangkan kesalahan mereka hanyalah datang untuk berhimpun. Malah mereka tidak membawa apa-apa senjata berbahaya untuk berperang dengan pihak polis. Mereka hanya mahu berhimpun secara aman "duduk bantah" bagi menyatakan pandangan mereka tentang senario politik dan pilihanraya di Malaysia. Kenapa mereka diperlakukan seperti "binatang", dibelasah, dipijak, dihenyak oleh begitu ramai anggota polis tanpa belas kasihan. Mereka bukan pengganas yang mahu mara ke medan peperangan. Mereka rakyat biasa yang hanya mahu melihat sebuah pilihanraya yang telus dan adil berlaku di negara ini. Makanya, tidak perlulah layanan seburuk itu dihadiahkan kepada mereka. Justeru, semua pihak perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada Bersih 3.0 baru-baru ini. Bukan peserta sahaja yang patut dipersalahkan, polis juga telah bertindak terlalu melampau-lampau sehingga menghilangkan keyakikan rakyat terhadap institusi itu sendiri sebenarnya].


No comments:

Post a Comment