Sunday 27 May 2012

APAKAH KEJAYAAN BARISAN NASIONAL DI SABAH

Jelaskan Kejayaan BN Mentadbir Negara Kepada Rakyat- Musa Aman

 

Kota Kinablu, 31 Dis  -Semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kejayaan BN selama ini dalam mentadbir negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN Sabah berkata kejayaan dalam memberi pemahaman mengenai usaha kerajaan mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
“Adalah menjadi tanggungjawab kita menjelaskan kepada semua pengundi mengenai program dan dasar BN kerana inilah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.
“Kita lihat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, banyak usaha dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat seperti penghapusan yuran sekolah, pemberian RM100 kepada pelajar sekolah dan pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan,” katanya pada Majlis Silaturrahim dan Makan Malam Wanita Penjalin Perpaduan anjuran Wanita UMNO Sabah di sini malam tadi.
Musa berkata BN bukan gabungan parti  yang suka berbohong dan menabur janji kosong kepada rakyat seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat yang menderita.
Katanya, rakyat harus jelas dengan usaha dan keikhlasan BN membela nasib mereka supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan khabar angin dan janji pembangkang yang telah hilang hala tuju.
Beliau berkata selain menjelaskan kepada rakyat mengenai kejayaan BN, jentera pilihan raya BN juga perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan semua calon BN pada PRU-13 akan datang.
Terdahulu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata anggota BN harus memberi sokongan kepada perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang dengan membantu dan menyokong semua calon BN.
“PRU-13 bukan sebarang pilihan raya. PRU-13 adalah sebuah “peperangan” dan kita mestilah memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib sebagai ketua komander dalam peperangan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment