LAPORAN PSC SENTUH CADANGAN AGIHAN 34% KERUSI PARLIMEN UNTUK SABAH & SARAWAK
Labels:
MP SABAH,
MP SARAWAK,
parlimen,
relevensi,
sejarah
Ongkili berkata
- jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam dokumen 'Jawatankuasa Antara Kerajaan' (IGC) semasa penubuhan Malaysia.
- Katanya dokumen itu menyentuh peruntukan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura memperoleh 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat penggal tersebut.
- Beliau berkata cadangan itu bertujuan memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan kedua-dua negeri ini dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.
- Dalam hal ini, jawatankuasa mengesyorkan agar satu kajian terperinci dibuat berhubung perkara itu untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia, katanya ketika membentangkan laporan itu.
No comments:
Post a Comment