Sunday 27 May 2012

TERAS ULUL ALBAB

Tiga Teras Ulul Albab Mampu Lahir Pemimpin Islam Global

MELAKA, 27 MEI – Tiga teras utama Program Ulul Albab – Quranik (Al-Quran), Ensiklopedik (Bahasa Arab) dan Ijtihadik (Personaliti) yang diterap  dalam diri setiap individu terutamanya pelajar dapat melahirkan professional Hafiz atau pemimpin Ulul Albab.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi penerapan teras utama Ulul Albab, individu itu boleh menjadi seorang professional yang mampu mendukung cita-cita dan menyumbang ke arah pembangunan serta kemajuan Islam pada masa depan.
Kriteria-kriteria tersebut juga mampu melahirkan pemimpin Islam global, katanya ketika merasmikan majlis penutup Program Khas Asasi Ulul Albab Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka (Imtiaz) di Kem Terendak di sini, hari ini.
“Saya amat berbangga kerana Imtiaz merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan untuk mengisi keperluan negara menyediakan pemimpin masa depan yang mempunyai daya kepimpinan dan kemahiran dalam bidang profesional masing-masing,” katanya yang juga penasihat Imtiaz Melaka.
Ahmad Zahid berkata Imtiaz Melaka yang ditubuhkan awal tahun ini, kini mempunyai 89 pelajar Tingkatan Satu dari seluruh negara.
“Kita mengalu-alukan pelajar yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh negara untuk belajar di sini,” katanya.
Pada majlis tersebut, Muhammad Fareeq Zakwan Zainal Azlan, 13, dianugerahkan Tokoh Ulul Albab 2012.

 

No comments:

Post a Comment